Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Aduhai Sedap Nyer Gulai...

Bahan bahan:Perut lembu - potong 1 asam keping 2 helai daun limau purut Garam 1 1/2 santan...

Hukum Wanita Uzur Makan...

Beberapa tahun lepas, Mynewshub melaporkan kisah seorang netizen bernama Mrym Lee mendedahkan dirinya...

Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu...

KUALA LUMPUR - Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu bersama Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah...

Penggodam Papar Data Peribadi...

KUALA LUMPUR - Sejumlah data peribadi kakitangan Universiti Malaya (UM) dibocorkan di internet...

Ujian Doping : BWF Gantung Lee Chong Wei Sementara

Persekutuan Badminton Dunia (BWF) telah membuat keputusan menggantung sementara pemain badminton negara Datuk Lee Chong Wei kerana didapati ‘jelas’ melanggar peraturan anti-doping.

“Badan dunia itu memutuskan penggantungan itu berdasarkan hasil analisis yang negatif ke atas sampel yang diambil semasa Kejohanan Badminton Dunia BWF pada Ogos,” kata BWF dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun, BWF berkata barisan panelnya akan mendengar berkenaan kes berkenaan.

BACA – Razif Sidek Dakwa Chong Wei Dah Lama Guna Bahan Terlarang!

“Apabila tiba masanya, pengerusi panel itu akan menetapkan masa, tarikh dan lokasi pendengaran.

“Panel itu yang akan menentukan sama ada atlet itu melalukan perlanggaran peraturan anti-doping atau tidak,” katanya.

Berita pengumuman penggantungan sementara pemain badminton negara Datuk Lee Chong Wei di laman web rasmi Persekutuan Badminton Dunia (BWF) hari ini.
Berita pengumuman penggantungan sementara pemain badminton negara Datuk Lee Chong Wei di laman web rasmi Persekutuan Badminton Dunia (BWF) hari ini.

Baru-baru ini, Chong Wei didapati menggunakan bahan terlarang apabila sampel A yang diuji pada Kejohanan Badminton di Copenhagen menunjukkan keputusan positif.


Keputusan ujian sampel A diketahui badan pengurusan sukan di Malaysia selepas berakhirnya Sukan Asia di Incheon.

Chong Wei kemudiannya berlepas ke Oslo, Norway sebelum ini untuk menyaksikan sendiri prosedur ujian untuk sampel B beliau.

Bagaimanapun, sampel B milik Chong Wei juga menunjukkan positif kewujudan bahan terlarang berkenaan.

Ketika ini Kementerian Belia dan Sukan, Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN) sedang mengumpul semua maklumat dan bukti berkenaan rekod perubatan Chong Wei bagi mengenalpasti bagaimana bahan berkenaan berada dalam badan pemain badminton nombor satu dunia itu. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IBNU K 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori