Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Politeknik Kini Pusat Pengajian...

PUTRAJAYA - Politeknik di Malaysia sudah berkembang menjadi pusat pengajian hebat yang bukan...

Mahu Penjawat Awam Wujudkan...

ALOR SETAR – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr. Mahathir mahu...

Bukan Mansuh, Malah Mahu...

KANTOI... Setelah dikritik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan gelaran 'Bapa...

Arak Timah: “Adakah Kena...

KUALA LUMPUR - Isu jenama produk yang mudah disalah tafsir perlu diperjelaskan agar...

UK Hasilkan Pokok TomTato, Gabungan Tomato & Kentang

Sejenis tumbuhan luar biasa yang menghasilkan tomato di bahagian atas dan pada masa sama mengeluarkan ubi kentang (potato) di bahagian akarnya berjaya dihasilkan di United Kingdom (UK).

Sebatang pokok berkenaan dikatakan boleh mengeluarkan hingga 500 tomato kecil dan beberapa biji kentang putih di bahagian akarnya.

Diberikan nama Tomtato, menurut laporan laman web Oddity Central, ia adalah seratus peratus asli dan tidak diubahsuai genetiknya seperti mana yang disangkakan.

Pokok istimewa itu dihasilkan menggunakan teknik khas oleh sebuah firma pertanian Thompson and Morgan yang berpangkalan di Ipswich, England.

Biarpun ada rekod pokok serupa pernah dihasilkan, ini adalah kali pertama ia dapat mengeluarkan hasil yang boleh dikomersialkan dan pokok itu juga sedia untuk dijual.

Menurut wakil Royal Horticultural Society (RHS) Guy Barter, pokok yang dihasilkan sebelum ini mempunyai masalah dengan rasa totamo dan kentangnya tetapi hasil TomTato adalah sedap dan sama seperti tomato dan kentang biasa.


TomTato_2

Bagi Pengarah Thompson and Morgan Paul Hansord pula, TomTato merupakan hasil kerja kuat yang berdekad lamanya selepas kali pertama idea menghasilkan pokok berkenaan tercetus 15 tahun lepas.

Ketika itu, Hansord melawat sebuah taman di Amerika Syarikat dan melihat seseorang menanam ubi kentang di bawah pokok tomato untuk bergurau.

Namun waktu itulah Hansord sedar, ia tidak mustahil kerana kedua-dua tanaman tersebut berasal dari keluarga pokok yang sama.

“Pokok ini boleh ditanam penghujung April dan akan menghasilkan dahan yang penuh dengan tomato rasa manis dari Julai ke Oktober, selain menghasilkan ubi kentang jenis baik yang boleh direbus, dilenyek dan juga di bakar,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IBNU K

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori