Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Sasar Naik Taraf...

KUALA LUMPUR - Kerajaan menyasarkan untuk menaik taraf semua perkhidmatan pengguna Streamyx kepada...

Gambar… Mr. Bean Dan...

Siapa saja tak kenal dengan pelawak nombor satu dunia yang mampu membuat anda...

Mahu Balas Jasa, Wany...

SELEPAS 14 hidup berseorangan, penyanyi Wany Hasrita reda jika ibunya, Norita Jaafar bertemu...

Amaran Angin Kencang &...

KUALA LUMPUR - Angin kencang dan laut bergelora yang berlaku di kawasan perairan...

UMK Nafi Ahli Akademik Terbabit Plagiat

KOTA BHARU – Universiti Malaysia Kelantan (UMK) hari ini menafikan berlaku plagiat dalam kalangan ahli akademik universiti berkenaan seperti yang didakwa di laman sosial Facebook beberapa hari lalu.

Naib Canselornya, Datuk Dr Raduan Che Rose, berkata pihaknya memandang serius dakwaan itu dan telah melakukan siasatan.

“Ini satu kes serius dan saya telah menyiasat perkara itu dengan memanggil kedua-dua individu terlibat iaitu individu yang kena tuduh dan individu yang membuat tuduhan untuk menyelesaikan perkara ini. Saya dapati ini disebabkan sedikit salah faham sahaja,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Anugerah Citra 2014 UMK di Kampus Pengkalan Chepa di sini, malam tadi.

Laman Facebook itu sebelum ini mendedahkan mengenai salah laku yang kononnya dilakukan oleh seorang profesor dari UMK yang berdepan dengan tuduhan plagiat ketika menyiapkan tesis kedoktoran di sebuah universiti luar negara.

Katanya, beliau telah menghubungi universiti luar negara berkenaan untuk memaklumkan perkara itu dan ia adalah kes salah faham.


Raduan yang juga Setiausaha Agung Majlis Profesor Negara berkata, isu kredibiliti akademik menjadi satu perkara yang sangat penting dan pihaknya tidak ada toleransi sekiranya ia benar-benar berlaku.

Beliau berkata, perkara itu tidak perlu diperbesar kerana ia hanya satu salah faham dan telah diselesaikan selain menggesa ahli akademik untuk menumpukan usaha membangunkan UMK ke peringkat yang lebih dikenali.

“Saya ingin melihat tenaga kita, usaha kita dan segala apa yang ada untuk membangunkan universiti bukan sama-sama bergaduh,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori