Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Semua Tadika, Taska Beroperasi...

Semua Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) dan Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) Jabatan Kemajuan Masyarakat...

Rumah Panjang 11 Pintu...

MIRI – Sebuah rumah panjang 11 pintu di Kampung Long Palai, Baram yang...

Fizz Fairuz, Almy Nadia...

PELAKON Almy Nadia telah selamat melahirkan cahaya mata kedua, malam tadi. Berita gembira itu...

Aizat Teringin Berduet Dengan...

PENYANYI dan komposer berbakat besar, Aizat Amdan menyuarakan hasratnya untuk bekerjasama dengan penyanyi...

UMNO Ketinggalan Berbanding DAP Daftar Pengundi Baru

Proses mendaftarkan pengundi baru oleh UMNO dilihat jauh ketinggalan berbanding parti DAP dalam tempoh Jun tahun lepas hingga September tahun ini.

Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata demikian mengambil data dari pangkalan data Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ketika menyampaikan ucapan penggulungan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2014 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.

“Dalam pangkalan data SPR, dari Jun 2013 hingga September 2014, bimbang saya data ini, UMNO berjaya mendaftarkan 5,939 orang tetapi DAP berjaya mendaftarkan 9,309,” katanya.

Statistik berkenaan menunjukkan prestasi parti komponen dalam Barisan Nasional (BN) MCA, MIC dan Gerakan lebih teruk kerana hanya berjaya mendaftarkan kurang daripada 1,000 pengundi baru.

“Parti-parti komponen cukup membimbangkan, MCA 256, MIC 266 dan Gerakan hanya 373.” kata Mohd Shafie.

Menurut beliau, Presiden UMNO telah pun mengarahkan beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Biro Keahlian dan Daftar Pemilih UMNO untuk memanggil semua parti-parti komponen untuk memastikan gerakan bertaraf nasional mendaftar pengundi dilakukan.


“Saya juga telah memberikan taklimat di seluruh bahagian di seluruh negara termasuk parti komponen untuk memastikan gerakan ini dapat dijayakan.

“Menambah jumlah undi bukan setakat menambah ahli UMNO untuk menang di peringkat Bahagian dan Cawangan.. Ini penting, survival parti bukan berlandaskan dengan laungan tetapi gerakan kerja, amanah, mengukur manusia bukan dengan ucapan tetapi perbuatan itu kebenarannya,” katanya.

Mohd Shafie berkata untuk tujuan itu juga Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak sudah mengumumkan proses pendaftaran ahli UMNO secara online yang akan disediakan dalam masa terdekat.

Hari ini merupakan hari terakhir PAU 2014 dengan ucapan penggulungan ketiga-tiga sayap oleh Ketua Pergerakan masing-masing, penggulungan tiga Naib Presiden, Timbalan Presiden UMNO dan Najib. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IBNU K 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori