Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Lelaki Panjat Menara Telekomunikasi

KANOWIT - Gara-gara seorang lelaki yang enggan turun dari menara telekomunikasi di Bukit...

‘River Of Life’ Ubah...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Projek River of Life...

Seram! Budak Menangis Lihat...

SIAPA yang tidak terkejut apabila melihat buaian bergerak sendiri. Itu yang terjadi kepada...

Piala Asia B23: Malaysia...

Skuad bola sepak bawah 23 tahun (B23) Malaysia diundi dalam kumpulan bersama dua...

UMNO Sedia Timbangkan Jawatan Naib Presiden Untuk Wanita

KUALA LUMPUR – Umno akan mempertimbangkan permintaan pergerakan Wanita supaya dua kerusi tambahan diwujudkan dalam jawatan Naib Presiden Umno dan Naib Ketua Umno Bahagian untuk anggota sayap itu.

Presidennya, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau akan berunding dengan semua pihak mengenai perkara tersebut dan berhasrat untuk mencari jalan terbaik untuk memperkasakan agenda parti.

“Saya faham, ada tentangan dalam Umno, dan sebagai sebuah parti kita kena duduk dan berbincang, cari satu jalan yang terbaik untuk memperkukuhkan parti kita.

“Dalam hal ini, saya dengar dan kita akan timbang setelah kita mengadakan rundingan dengan semua pihak sama ada bersabit dengan jawatan Naib Presiden untuk wanita ataupun Naib Ketua Bahagian untuk wanita,” katanya ketika berucap di hadapan 2,752 perwakilan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dalam ucapan dasar Ketua Pergerakan Perhimpunan Agung Wanita Umno 2014 semalam, mahu satu kerusi naib presiden dan satu kerusi naib ketua bahagian diperuntukkan untuk Wanita Umno.


Shahrizat berkata hasil mesyuarat perwakilan Wanita Umno bahagian tahun ini, 171 bahagian dan 12,483 cawangan menyokong usul berkenaan. Wanita Umno dianggotai 1.3 juta orang, hampir separuh daripada jumlah keseluruhan 3.47 juta anggota Umno.

Najib berkata selain itu, hasrat Pemuda dan Puteri yang diusul dalam Perhimpunan Agung mereka semalam, turut akan diteliti dan dipertimbangkan oleh beliau.

“Kita sedia menimbang tapi dengan syarat mereka yang dikemukakan nanti menepati kriteria-kriteria jil-Umno yang saya sebutkan dan mereka mesti diuji,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori