Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

UMNO Johor Sambut Baik...

JOHOR BAHRU - Badan Perhubungan UMNO Johor menyambut baik cadangan untuk memperkenalkan Akta...

Ambil Kira Hubungan Dengan...

SEREMBAN : Sebarang cadangan bagi penyertaan bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin ke...

3 Lelaki Larikan Emas...

SANDAKAN - Tiga lelaki bersenjata pistol dan parang merompak sebuah kedai emas dan...

JBPM Sasar 75% Pegawai,...

KOTA BHARU - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menyasarkan 75 peratus pegawai...

UMNO: Sikap Biadab Pihak Tertentu Sentuh Emosi Perwakilan

KUALA LUMPUR – Isu kebiadaban dan perbuatan menghina pemimpin dan negara sejak kebelakangan ini, mencetuskan emosi sedih para perwakilan pada Perhimpunan Agung UMNO 2014.

Sikap pihak tertentu itu nyata tidak lagi mencerminkan budaya masyarakat negara ini yang sepatutnya berpegang teguh kepada kepercayaan agama dan nilai-nilai murni.

Wakil Kelantan, Rahimah Mahamad, ketika menyokong usul agama dan pendidikan pada perhimpunan itu hari ini, nyata mencetuskan rasa sebak dalam kalangan perwakilan terhadap sikap masyarakat kini yang jauh berbeza berbanding dahulu.

“Dulu ada adik kakak macam ini? Ada? Tidak ada…” katanya pada perhimpunan itu yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini.

Beliau yang juga Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Machang, Kelantan, berkata trend masyarakat kini juga dilihat semakin jauh menyimpang daripada kesopanan dan kesusilaan.

Pihak terbabit, kata Rahimah, melakukan pelbagai penghinaan seperti memijak gambar pemimpin negara, mengubah lirik lagu Negaraku dan mengibarkan Jalur Gemilang secara songsang.


“Saya amat sedih sekali…sedih…sedih…patutkah gambar pemimpin kita Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, diletakkan selipar di muka…dan macam-macam lagi benda yang pelik-pelik dilakukan.

“Saya sedih…kalau di Kelantan, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang bekerja begitu kuat siang malam, dibuat patung (menyerupai) beliau yang kemudian ‘digode’ (sebat). Apa salah Mustapa yang bawa balik macam-macam projek ke Kelantan,” katanya.

Selain itu, Rahimah menarik perhatian mengenai isu penggunaan bahasa Melayu di negara ini yang semakin hambar lebih-lebih lagi apabila banyak singkatan bagi program kerajaan dilihat cenderung menggunakan bahasa Inggeris.

“Contohnya kita lebih gemar menyebut RTC (Rural Transformation Centre) untuk Pusat Transformasi Luar Bandar, bukannya PTD, demikian juga bangunan tempat kita berhimpun ini, kita popularkan dengan PWTC (Putra World Trade Centre) untuk Pusat Dagangan Dunia Putra dan bukannya PDDP.

“Justeru Wanita cadangkan supaya trend dan kecenderungan ini dihentikan demi memartabat bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori