Friday, January 10, 2025

Creating liberating content

Keputusan Meninggalkan UMNO Dibuat...

KOTA KINABALU - Bekas Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Azizah Mohd Dun yang...

Felcra Mahu Tanam Nanas...

ALOR SETAR - Felcra Berhad (Felcra) bercadang mengusahakan tanaman nanas jenis Melita di...

TVET Cara Berkesan Tingkatkan...

KUCHING - Pendidikan Latihan Teknik dan Vokasional (TVET) akan menjadi cara paling berkesan...

APMM Tahan 14 Bot...

KEMAMAN - Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Timur telah menahan sebanyak 14...

UMNO Teruskan Program HELP Tuisyen

KUALA LUMPUR – Menyedari kepentingan pendidikan dapat membantu mengubah nasib seseorang ke tahap lebih baik, Program HELP Tuisyen Yayasan Pelajaran MARA akan diteruskan tahun depan dengan tambahan 50 pusat tuisyen di seluruh negara.

Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata program tuisyen anjuran bersama Biro Hal Ehwal Bandar dan Perumahan Pemuda UMNO, adalah satu inisiatif parti itu menaik taraf hidup masyarakat terutama dalam pendidikan untuk membantu anak-anak muda kurang berkemampuan di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Saya yakin program ini adalah satu kaedah cukup baik untuk kita membantu masyarakat, dan program seumpama ini amat kita (UMNO) galakkan,” katanya selepas menyaksikan penyerahan cek sumbangan Yayasan Pelajaran MARA kepada 50 Ketua Pemuda UMNO Bahagian di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Program tuisyen percuma bagi subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik dan Sejarah sudah dilaksanakan di 50 kawasan Parlimen seluruh negara membabitkan 5,000 pelajar dengan peruntukan RM1.4 juta.


Sementara itu, Pengerusi Biro Hal Ehwal Bandar dan Perumahan Pemuda UMNO, Nazir Hussin Akhtar Husin berkata UMNO sentiasa mengambil berat kesusahan golongan kurang berkemampuan dan membantu bukan hanya untuk mendapat pendidikan tertinggi, malah juga pekerjaan.

“Kalau kami bagi mereka duit, duit itu akan habis. Jadi kami fikir lebih baik bantu mereka untuk capai pendidikan ke menara gading dengan memberi khidmat tuisyen secara percuma, kami asuh mereka, supaya mereka mampu berjaya dalam kehidupan,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori