Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Selamat Tinggal Xperia Z6,...

APABILA Sony Xperia X Performance dilancarkan beberapa hari yang lalu, ramai yang tertanya-tanya...

Klip Video Seks Belum...

KUALA LUMPUR – Polis belum dapat mengesahkan ketulenan klip video seks intim melibatkan...

Aliran Trafik Terkawal, Kenderaan...

KUALA LUMPUR - Keadaan trafik di beberapa lebuh raya utama negara dilaporkan terkawal...

Gaji RM150k Sebulan Punca...

KEPALA BATAS – Siapa yang tidak tertarik ditawarkan gaji lumayan sehingga mencecah RM150,000...

Unik.. KLM Bina Hotel Dalam Badan Kapal Terbang Lama

Transformasi adalah usaha merubah sesuatu ke arah lebih baik .

Sekiranya berjaya, sebarang perkara yang menjalani transformasi pasti memberi nilai tambah pada apa yang sedia ada.

Sebagai contoh, sesetengah pusat penginapan yang berani mengetengahkan konsep berbeza menjadi rebutan orang ramai yang mahu merasai sendiri pengalaman berlainan daripada biasa.

Itulah yang dilakukan di Amsterdam, apabila syarikat penerbangan KLM mengubah sebuah kapal terbang lama mereka menjadi hotel yang menarik.

klm-image-1-e1415903174522

Bila melihat dekorasi dalaman semata-mata, pasti ramai tak perasan hotel ini berada dalam sebuah kapal terbang kerana penataan dekorasi membuatkan kita berasa seolah-olah berada di bilik hotel biasa.

Kapal terbang ini diubahsuai dengan menanggalkan kesemua kerusi penumpang lalu menggantikannya dengan bilik tidur, ruang tamu, perpustakaan dan sudut menonton.

klm-image-2-e1415903325689

klm-image-6-e1415903224387

d9c8a90e_original


4ecb581d_original

Lebih unik, ia dilengkapi dengan tandas dan dapur untuk memasak.

Bagaimana, teruja tak?

Malangnya, hotel unik yang terletak di lapangan terbang Schiphol Amsterdam ini hanya dibuka selama tiga hari sahaja bermula 28 November sehingga 30 November ini.

Bermakna, biliknya sangat terhad dan hanya mereka yang benar-benar bertuah sahaja dapat merasai pengalaman tidur di hotel dalam kapal terbang ini.

klm-plane-exterior-e1415903353869

Bagaimanapun, antara yang akan diberi kesempatan menginap di sini secara percuma adalah pemenang satu peraduan mudah.

Bagi menyertai pertandingan ini orang ramai hanya dikehendaki menekan ‘Contact Host’ di laman web Airbnb ini, kemudian nyatakan “mengapa anda mahu menginap di hotel dalam kapal terbang ini dan siapakah yang bakal anda bawa jika terpilih.” – MYNEWSHUB.CC

Oleh : KAKAK BUNGA

  • Lagi berita berkaitan:
  • hotel

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori