Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Super Duper Talent! Idayu...

BARU-BARU ini tular sebuah video memaparkan juara Akademi Fantasia Megastar, Idayu Yaakob berjaya...

Dakwaan Penjualan Bayi: Polis...

KUALA LUMPUR - Polis mengambil keterangan seorang wartawan Al Jazeera bagi membantu siasatan...

KPN Desak Henti Isu...

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menggesa agar semua pihak menghentikan...

Perdana Menteri Vietnam Lawat...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Vietnam, Nguyen Tan Dung akan mengadakan lawatan rasmi...

United Akan Kembali Garang Selepas 3 Tahun – Van Gaal

LONDON – Pengurus Manchester United, Louis van Gaal berkata ia akan mengambil tempoh tiga tahun sebelum kelab ini dapat kembali semula kepada potensi sebenar.

Selepas kalah 0-1 kepada Manchester City, United hanya mengutip 13 mata daripada 10 perlawanan pertama – permulaan terburuk mereka sejak 1986.

“Ia tak cukup lagi,” kata Gaal yang berusia 63 tahun.

“Namun, kami kini dalam proses seperti mana pernah saya sebut sebelum ini.


“Proses ini akan mengambil masa lebih setahun atau mungkin tiga tahun lagi.

“Saya lebih bimbangkan penyokong tegar kelab dan pihak lembaga yang meletakkan kepercayaan tinggi ke atas saya, begitu juga staf dan pemain.”

United memecahkan rekod perpindahan British apabila mereka menandatangani Angel Di Maria untuk nilai STG59.7 juta (RM298 juta). Namun, setakat ini Red Devils cuma menang tiga perlawanan liga sahaja.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori