KUALA LUMPUR – Vendor Festival 3.0 yang akan diadakan di Pusat Pameran dan Konvensyen Matrade, Jalan Duta, Kuala Lumpur pada 27 dan 28 Disember ini bakal menghimpunkan usahawan dalam talian terbesar yang mensasarkan kira-kira 100,000 ribu pengunjung bakal memeriahkan acara tersebut.
Dengan bertemakan VF 3.0 Boxing day, kira-kira 400 vendor online akan mengadakan potongan harga sehingga 80 peratus sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan-pelanggan setia yang menyokong mereka selama ini, kata jurucakapnya, Nurerlin Md Zulkhairi.
Produk-produk trend terkini seperti pakaian, aksesori, beg tangan, kasut, makanan, hasil kreativiti seni, kosmetik, serta pelbagai lagi perkhimatan akan dihimpunkan pada acara tersebut yang akan berlangsung selama dua hari.
“Seperti sebelum ini, penganjuran Vendeur Festival 3.0 terus mengekalkan konsep festival jualan produk fesyen dengan harga yang berpatutan.
“Apa yang menarik ialah ada dikalangan vendor akan menawarkan produk esklusif sempena VF 3.0 Boxing Day bagi menghargai pelanggan mereka selama ini,” katanya ketika ditemui pada majlis sidang media pengumuman Vendeur Festival 3.0 di Damansara.
Pada sidang media itu juga, Vendeur Festival turut memberikan plak penghargaan kepada vendor-vendor online diatas sokongan mereka sejak VF 1.0 lagi.
Kesemua jenama itu adalah Aidijuma, Ariani, Tudung People, Mazlianul Maznan, Al Humaira Contemporary, Sultra silka dan Dewidiary.
Menurut salah seorang  pengasas Vendeir Festival, Annas Easkey, berdasarkan dua kali penganjuran VF, mereka mendapati ramai usahawan online berjaya mengetengahkan serta mempromosikan jenama mereka dengan lebih luas selepas menyertai Vendeur Festival.
“Vendeur Festival bukan sekadar bazar untuk mereka melakukan jualan penghabisan stok kerana kekangan tidak mempunyai kedai fizikal tetapi sebagai platform mempromosi dengan menaikkan pengikut atau ‘Follower’ di laman sosial masing-masing.
“Melalui Venduer Festival ini juga, pelanggan dapat bertemu secara langsung dengan peniaga serta melihat sendiri kualiti produk jualan yang selama ini dilihat secara online,” katanya.
Antara jenama terkenal yang bakal menyertai VF 3.0 adalah Ariani, Al-Humaira Contemporary, Aidijuma, Erlssignature, TheGereboc, LeunieyNatasha, Ashh & Annas, Schapaholic, Lofa Lens, BokittaHijab, Padusi, Tudung People, Jelita Sara dan pelbagai lagi jenama-jenama terkenal.
Festival tersebut akan dibuka seawal jam 10 pagi sehingga 10 malam dan bagi peniaga online yang berminat untuk menyertai Vendeur Festival, anda boleh mendapatkan maklumat lanjut di Instagram mereka iaitu @vendeurfestival.
Oleh: hzqahmd/MYNEWSHUB.CC