Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

TMJ Balas Kritikan ‘Isu...

BARU-BARU ini, sekeping gambar yang memaparkan isteri Safiq Rahim bersalaman dengan Tunku Ismail...

Petugas PAS Di Pengkalan...

KUALA LUMPUR - Peguam Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia PAS (Juham) bertindak...

Cosby Beri Dadah Untuk...

LOS ANGELES - Dalam dokumen mahkamah pengakuannya pada 2005, pelawak Bill Cosby mengaku...

Lebih 12 Juta Rakyat...

MELAKA - Pusat Transformasi Bandar (UTC) Melaka telah memberikan pelbagai kemudahan serta perkhidmatan...

VIDEO: Jijiknya.. Bila Telinga Manusia Jadi Sarang Ulat!!

Apa perasaan anda jika dapat tahu, ada hidupan lain ‘menumpang’ anggota badan anda dan menjadikannya sebagai sarang?

Memang ngeri kalau difikirkan tapi itulah yang terjadi kepada seorang lelaki apabila lalat masuk ke dalam telinganya lalu meninggalkan ratusan telur yang kemudian menetaskan ulat.

Kisah ngeri ini terbongkar selepas pemuda tersebut menemui Dr. Vikram Yadav yang merupakan seorang dermatologis di Faizabad, India setelah terdengar sesuatu bunyi di dalam telinganya.

Selepas menjalani pemeriksaan, Yadav memberitahu pesakitnya itu mengalami ‘aural myasis’, keadaan di mana telinga ataupun hidung seseorang individu dicemari dengan larva lalat.

Pesakit kebiasaannya akan mendengar seakan bunyi ‘dengung’ di kawasan yang tercemar  disusuli bau busuk yang keluar dari anggota tersebut.


Menurut Yadav lagi, ulat-ulat itu berkemungkinan memakan daging dalam telinga hingga menembusi bahagian otak hingga boleh membunuh pesakit jika dia tidak mendapatkan rawatan.

Bagi mengeluarkan kesemua larva berkenaan, Yadaz menjalankan prosedur melemaskan hidupan itu sebelum ia mulai muncul di bahagian luar telinga. Kemudian, alatan digunakan untuk mengeluarkan ulat-ulat tersebut.

Justeru, buat anda di luar sana, silalah jaga kebersihan anggota tubuh sekerap mungkin. Jika tidak, mungkin  spesies serangga berminat nak jadikan anggota anda sebagai ‘wad bersalin’. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IZZAT MOHD ANUAR

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori