Seorang pemandu drift yang juga merupakan pemandu lagak ngeri, Han Yue dari China telah memecahkan Rekod Dunia Guinness, apabila berjaya meletakkan kereta paling rapat secara selari.
Bersempena dengan Kejohanan Drift yang berlangsung di Chongqing, Han Yue menujukkan skil memakir sebuah Mini Cooper S di antara dua kereta yang mempunyai jarak hanya 8 cm (3.15 inci) dari kereta yang diselitkannya.
Rekod sebelum ini dicatatkan oleh pemandu dari Britain, Alastair Moffatt pada Julai tahun lepas, selepas berjaya memakir kereta yang digunakan dalam jarak 8.6 cm.
Pada 2012, Han Yue mencatatkan jarak 15 cm antara kereta yang digunakan.
Sila tonton dan kaji video di atas, manalah tahu anda mampu memecahkan rekod yang dicatatkan?
Sumber: Autofreaks
Oleh: hzqahmd/MYNEWSHUB.CC