Kita diajar untuk mengucapkan TERIMA KASIH sebagai tanda penghargaan kepada pihak yang membantu.
Dua kalimah tersebut mampu menimbulkan kepuasan kepada sesiapa sahaja selepas berbakti kepada orang lain.
Namun, mungkin selepas anda menonton video ini, anda akan mengetahui ada perkataan lain yang mampu menggembirakan hati dan memberikan kepuasan luar biasa tatkala mendengarnya.
Dengarkan kisah empat pekerja di sektor perkhidmatan di bawah dan pasti ada pengajaran yang bakal anda ingati menerusi iklan Coca-Cola ini.
https://www.youtube.com/watch?v=H9LGBBWTGgk
Bagaimana, terharu bukan?
Benar, mereka hanya pekerja biasa yang akan melakukan sebaik mungkin tugas dipertanggungjawabkan. Tetapi mereka juga seperti insan lain yang mahu dihormati dan diingati.
Lihatlah sendiri reaksi wajah mereka yang sangat gembira dan teruja tatkala nama mereka diketahui dan disebut. Terpancar sinar kegembiraan dan kepuasan di setiap wajah mereka.
Berbalik pada diri kita, apa kata mari lakukan perkara serupa hari ini! – MYNEWSHUB.CC
Oleh: FARAH