Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Iran Dakwa Tahan Pihak...

TEHRAN : Media kerajaan melaporkan pihak berkuasa Iran menahan anggota rangkaian dikaitkan dengan...

Hampir 4,000 Sukarelawan Pasca...

SEPANG: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menggerakkan 3,864 sukarelawan pasca banjir kementerian itu...

Tempat Lain Boleh, Tapi...

WALAUPUN sudah berusia 52 tahun, Shah Rukh Khan masih lagi menjadi pujaan hati...

Ary Malik Kini Kritikal...

PETALING JAYA - Pelakon dan pengacara Ary Malik berada dalam keadaan kritikal selepas...

Video: Reaksi Bila Anak Hadiahkan Ibunya Kereta Idaman..

Bagi kebanyakan orang, motivasi terbesar untuk mempunyai matlamat mencapai sesuatu dalam hidup adalah orang yang kita sayang.

Satu-satunya individu kesayangan semua orang sudah pastilah, manusia yang melahirkan kita ke dunia ini – tak lain  tak bukan seorang IBU.

Begitu juga Correy Wadden, 24 , seorang anak yang sedang dalam misi mengejar impiannya mendapatkan sejuta dollar pertama dalam masa 24 bulan.

Sebab utama Corey mahu mencapai impiannya adalah kerana ingin melihat ibunya mempunyai kebebasan kewangan dan boleh bersara daripada pekerjaannya sebagai tukang cuci.

Bagi mencapai impian itu Correy mempelajari ilmu perniagaan dengan membaca 70 jenis buku dan menemuramah 20 orang jutawan sebelum memulakan perniagaan sendiri. Hasilnya, dalam masa singkat dia berjaya meraih keuntungan sebanyak USD80,000 (RM263,000). Wow!

Ceritanya bermula begini,

Semasa Corey membesar di Ontario, ibunya selalu bercerita tentang sebuah kereta yang jadi idamannya iaitu Saab 99 keluaran 1973.

Menurut ibunya ketika bekerja sebagai tukang cuci di sebuah rumah, suatu hari majikannya memberi kunci kereta Saab 99 dan meminta dia mengalihkannya. Sejak itulah, ibunya jatuh cinta dengan kenderaan tersebut.

corey


“Ia mengambil masa selama setahun untuk mendapatkan kereta impiannya tetapi sangat berbaloi apabila melihat reaksi emak saya,” ujar Corey.

Dalam Islam sendiri, Rasulluah S.A.W meletakkan kedudukan ibu sangat tinggi, Baginda memuliakan ibu sebanyak tiga kali, kemudian barulah bapa – menunjukkan betapa penting dan beratnya penekanan memuliakan dan melayan ibu sebaik-baiknya.

Beruntung sungguh ibu Corey memiliki anak sepertinya.

Dan bagi seorang anak sebaik Corey, reaksi ibunya ketika melihat kereta tersebut memang terlalu berharga jika dibandingkan dengan semua benda yang mampu dimiliki di dunia ini..

Oh ibu, engkaulah ratu hatiku!

Sumber: BlogtalkRadio

Oleh: hzqahmd/MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori