Dilahirkan cacat bukanlah alasan untuk tidak mahu berusaha.
Di Indonesia, seorang lelaki bernama Gandirun yang dilahirkan semulajadi cacat tanpa kaki dan sebelah tangan tidak menjadikannya alasan untuk tidak berjaya.
Walaupun hanya mempunyai sebelah tangan, Gandirun berusaha dengan penuh semangat hingga akhirnya mampu membuka perniagaan ukiran dan tukang kayu.
Kami sangat kagum dengan kecekalan dan kerajinannya.
Untuk berjaya, kita tidak seharusnya terus menangisi kelemahan kita, sebaliknya jadikan kisah Gandirun ini sebagai pengajaran.
Oleh: hzqahmd/MYNEWSHUB.CC