Gejala merokok dilihat semakin membimbangkan. Tanyalah pada penghisap tegar sendiri meskipun menyedari kesan buruk yang bakal menimpa esok hari tetapi mereka seakan pasrah akibat ketagihan.
Meskipun dinasihat berjuta kali, namun ianya diibaratkan bagai masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.
Lihat sahaja langkah kerajaan yang tidak henti melaksanakan pelbagai kempen, pun tak jalan.
Begitu juga pengumuman kenaikan harga rokok sebanyak RM 1.50 sen, juga bagai tak jadi kudis langsung buat perokok
Sogokan pelbagai visual penyakit berbahaya dan mengerunkan pada kotak rokok juga, nyata tak mampu mematahkan niat perokok tegar daripada terus melakukan tabiat ini.
Namun di Thailand, lain pula paparan visual pada kotak rokok mereka di mana ia bersifat lebih jelas dan nyata.
Demi sebuah kesedaran bagi masyarakat sejagat, pihak berkuasa Thailand memaparkan gambar sekujur tubuh badan yang sudah menjadi ARWAH.
Begitu sekali peringatan negara jiran kita ini, memang serius, tegas dan menakutkan.
Visual sebegini sepatutnya mampu menginsafkan bahawa merokok sama seperti membunuh diri sendiri dan orang tersayang di sekeliling.
Hmm, tapi rasanya ini pun macam tak jalan juga kot… – MYNEWSHUB.CC
Oleh: KAKAK BUNGA