Entah apa yang ada di benak fikiran wanita ini, hingga sanggup mengubah wajah aslinya melalui pembedahan yang akhirnya memakan diri sendiri.
Jika sebelum ini kita heboh perihal gambar viral manusia berwajah barbie doll yang amat cantik, namun tidak pada wajah wanita Thailand ini.
Wajah wanita yang diubah suai melalui  beberapa kali pembedahan ini, menjadi amat menakutkan dan menjelikkan mata pada sesiapa sahaja yang melihatnya.
Wanita bernama Khun Sumanee Guna-Kasem ini bukanlah calang-calang orang kerana dia ialah seorang socialite di Thailand.
Kegilaan Khun terhadap pembedahan plasti menjadikan wajahnya semakin hodoh dan teruk. Malah, wajahnya dahulu lebih cantik berbanding wajahnya yang kini sudah diubah 100%.
Alahai, macam wajah Ronald Mcdonald pulak jadinya! – MYNEWSHUB.CC
Oleh : KAKAK BUNGA