Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Dayang Akui Kekok Bicara...

KHABARNYA pemenang vokal terbaik Anugerah Juara Lagu ke-30 (AJL30), Dayang Nur Faizah, 34;...

Imigresen Mampu Halang Individu...

PETALING JAYA - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) mampu menghalang keluar masuk individu yang...

Mangsa Banjir Di Pekan...

KUANTAN - Jumlah mangsa banjir di dua daerah di Pahang berkurangan kepada 1,506...

Najib Ucap Takziah Kepada...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak merakamkan ucapan takziah kepada keluarga...

Wajarkah Sokongan Asing Untuk Anwar Ibrahim?

*Kami paparkan artikel THE MALAYSIAN INSIDER di bawah yang kami rasakan, ada benarnya. Sesuai untuk renungan penyokong kerajaan mahu pun juak Anwar Ibrahim agar sentiasa ingat walau apa ideologi politik kita; jangan lupa bahawa di mana kaki dipijak di situ jua langit dijunjung!
………………..

Tidak kira apa pun ideologi politik kita, Malaysia adalah negara untuk kita semua. Segala perjuangan dan penat lelah yang kita lalui adalah untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang lebih baik. Perjuangan setiap rakyat Malaysia bukan sahaja bersifat politikal tetapi juga untuk kesejahteraan sosial, kebajikan dan kebolehupayaan rakyat untuk hidup dengan selesa.

Sifat patriotik dan sayangkan negara tidak tertakluk kepada satu parti sahaja. Ianya bukanlah hak ekslusif  kepada mereka yang menyokong parti pemerintah sahaja.

Tetapi ianya adalah hak semua rakyat Malaysia. Kita semua perlu menyintai Malaysia tanpa berbelah bagi dan tanpa mengira latar belakang kita. Malaysia adalah hak milik kita semua sebagai rakyat dan kita junjung kedaulatan negara ini.

Kebanyakan kita percaya kes Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang dibicarakan di mahkamah ada kaitannya dengan perjuangan beliau sebagai ahli politik. Kes ini disensasikan media arus perdana sehinggakan fakta kes dikaburi dengan propaganda dan retorik politik yang dihasilkan pihak tertentu.

Bagi yang benar-benar mengenali dan memahami perjuangan Anwar, kita tahu apa yang dianjurkan media arus perdana itu adalah tidak benar. Majoriti rakyat Malaysia juga faham dan sedar akan situasi ini. Maka bangkitlah rakyat Malaysia menyuarakan pendapat dan buah fikiran mereka.

Perjuangan untuk menegakkan keadilan ini bukanlah berpaksikan Anwar semata-mata, tetapi ianya juga untuk semua rakyat Malaysia yang pernah dan kemungkinan akan dizalimi pihak yang memegang kuasa. Namun begitu, kita semua perlu sedar, ini adalah hak kita.

Hak kita sebagai rakyat dan hak kita sebagai manusia yang bergelar bangsa Malaysia. Ianya hak yang ekslusif kepada kita, dan ianya tidak boleh diberikan sewenang-wenangnya kepada pihak yang tiada kena mengena dengan negara kita.

Agak dangkal sekiranya kita berfikir dengan sokongan asing kita akan dapat mencapai matlamat kita. Negara ini dibina atas hasil titik peluh rakyat, kejayaan dan kegagalan kita biarlah ditangan rakyatnya sendiri. Bukannya disebabkan campurtangan asing baik dari kerajaan negara luar ataupun individu berpengaruh di luar negara.

Penulis melihat, dalam keghairahan kita untuk mencari sokongan kita lupa yang kita tentang adalah pihak pemerintah dan bukannya negara kita sendiri. Pemerintah negara boleh ditukar ganti, namun negara kita Malaysia hanyalah satu. Tambahan pula, sokongan luar yang kita raikan itu bukanlah datang dari orang yang benar-benar bersih, baik dan mengamalkan cara hidup yang baik. Ini boleh mendatangkan imej buruk terhadap perjuangan kita.

Baru-baru ini di laman Facebook Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail memaparkan dengan bangganya perjuangan kita disokong bekas Presiden Filipina, Mr Joseph Estrada. Bukanlah saya ingin mengkritik, tetapi buat apa dipaparkan sokongan daripada salah seorang pemimpin paling korup dalam sejarah Asia Tenggara jika perjuangan yang kita junjung ini adalah perjuangan yang suci. Kata-kata sokongan yang diberikan Joseph Estrada untuk Anwar tidaklah bermakna langsung.


Buat apa berbangga dengan orang yang disenaraikan dalam tangga ke 10 pemipin paling korup dunia Global Transparency Watch pada 2004. Kalau mahu sokongan pemimpin yang korup, tidak perlu pergi jauh-jauh, ramai bekas-bekas pemimpin Umno boleh mengeluarkan kenyataan, dan mereka adalah lebih baik daripada Joseph Estrada yang pernah mengarahkan pembunuhan orang Islam di Moro pada 1998.

Penulis rasakan juga sokongan kita sebagai rakyat Malaysia ini kadang-kadang dipandang rendah apabila para pemimpin lebih gemar memuja muji media dan sokongan antarabangsa.

Apakah pengorbanan rakyat untuk menegakkan keadilan murah harganya berbanding sokongan daripada Turki, Australia, Filipina dan lain-lain lagi negara di dunia?

Walaupun tersedak sekalipun, kita wajib menghalang campur tangan asing di dalam urusan negara ini. Ini hal dalam “rumah” kita, mengapa kita mahu orang lain masuk campur dan mungkin memacakkan agenda meraka di dalam “rumah” kita.

Kita menentang kerajaan bukan kerana dia kerajaan Malaysia, kita menentang kerajaan kerana kita rakyat yang rasakan kita boleh mendapat kerajaan yang lebih baik dari sekarang. Pihak luar negara tidak perlu campur hal dalaman negara kita.

Saya berharap rakyat dan pemimpin perjuangan sebenar di Malaysia faham akan realiti ini. Dan kita harus sentiasa ingat dan mengingatkan kepada semua rakan-rakan seperjuangan kita kita berjuang bukan untuk seorang atau hanya sekumpulan, kita berjuang atas dasar keinginan kita untuk melihat Malaysia menjadi negara yang lebih baik.

Kerajaan pemerintah boleh penjarakan sesiapa sahaja di bumi Malaysia selagi mereka berkuasa, namun hakikatnya kita bukanlah memperjuangan individu. Kita berjuang untuk idea Malaysia boleh menjadi lebih maju dan lebih baik.

Kerajaan boleh memenjarakan idea, tetapi kerajaan tidak boleh memenjarakan idea yang difahami dan diikuti setiap rakyat Malaysia. – THE MALAYSIAN INSIDER

Oleh : Ahmad Soffian Ahmad Shariff 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori