Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Penjaja Bazar Perlu Perbaiki...

KUALA LUMPUR - Penjagaan dan kualiti kebersihan makanan di bazar-bazar Ramadan di sekitar...

Tiada Usul Undi Percaya...

KUALA LUMPUR - Usul undi percaya kepada Perdana Menteri dan pertukaran Speaker Dewan...

Belanja Bukan Untuk Rosmah...

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan wang...

Fazley Yaakob Menang Buku...

PENYANYI dan Juara Masterchef Selebriti Malaysia Datuk Fazley Yaakob diiktiraf dalam satu pertandingan antarabangsa,...

Wakil Rakyat Ditegur Gagal Patuhi Etika Bermesyuarat

KUALA LUMPUR – Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini menegur anggota-anggota Parlimen yang kerap tidak mematuhi etika bermesyuarat semasa sesi soal jawab.

Pandikar Amin yang sebelum ini telah beberapa kali mengingatkan wakil rakyat supaya hanya bertanyakan satu soalan tambahan yang ringkas dan padat, akhirnya berang apabila peringatan itu seolah-olah tidak difahami.

“Saya mahu ahli-ahli Yang Berhormat tunjuk kerjasama. Sudah hampir sejam, tapi soalan yang dah dijawab baru dua setengah. Seringkali saya ingatkan jangan tanya soalan tambahan panjang-panjang.

“Menteri yang menjawab juga hanya jawab soalan yang ditanya, jangan libatkan dasar-dasar,” tegasnya.

Teguran itu dibuat semasa giliran Datuk Abdul Rahman Mohamad (BN-Lipis) mengemukakan soalan mengenai sistem peperiksaan online Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, tetapi beliau bertanyakan soalan tambahan dengan mukadimah yang terlalu panjang seakan-akan berbahas.

Pandikar Amin kemudian meminta anggota Dewan turut mengambil kira kepentingan pertanyaan-pertanyaan mengenai isu lain yang telah ditetapkan dalam aturan urusan mesyuarat hari berkenaan.


Menurut peraturan mesyuarat, Speaker boleh membenarkan sehingga tiga soalan tambahan, selagi ia berkaitan dengan soalan asal yang dikemukakan.

“Saya boleh beri tiga soalan tambahan kalau saya rasa isu itu mustahak.

Tapi, masih ada juga yang berdiri lagi. Saya tak boleh kawal kalau semua tak beri kerjasama. Tolong ingat, saya serius dalam perkara ini,” kata Pandikar Amin.

Hanya satu setengah jam diperuntukkan bagi sesi soal jawab Dewan Rakyat iaitu bermula pukul 10 pagi hingga 11.30 pagi. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori