Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

UMS Buat Kajian Keluar...

KOTA KINABALU - Universiti Malaysia Sabah (UMS) hari ini memeterai Memorandum Persefahaman (MoU)...

Jambatan Ke-3 Klang Dinamakan...

KLANG - Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan menamakan jambatan...

Video Seks: NGO Gesa...

SHAH ALAM - Dua badan bukan kerajaan (NGO) menyerahkan laporan forensik yang dijalankan...

RM44,000 Sebulan Jaga Rambut...

PARIS - Media sosial Perancis heboh mengenai rambut presiden negara itu, Francois Hollande selepas...

Wanita Beijing Lebih Cepat Tua Daripada Desa

 

BEIJING – Kajian terbaharu P&G, firma produk penjagaan kesihatan diri antarabangsa berpusat di Amerika Syarikat baru-baru ini mendapati wanita yang menetap di Beijing lebih cepat kelihatan berwajah tua berbanding rakan sebaya mereka tinggal di kawasan desa.

Penemuan yang memang dijangka itu melibatkan responden seramai 200 orang wanita China berusia dari 30 hingga 45 tahun yang dikenal pasti memiliki gaya hidup lebih kurang sama dengan membuat perbandingan berdasarkan kepada kualiti permukaan kulit mereka.

“Ternyata pencemaran teruk di Beijing bukan sahaja mengakibatkan masalah radang, bahkan merosakkan kolagen, bahan yang berfungsi melindungi ketegangan kulit daripada kedut,” kata ketua penyelidik tempatan, Prof. Wi Lu dari Hospital Tentera Udara China.


Pakar kaji kulit ternama itu mendakwa, pencemaran udara di ibu negara China tersebut yang dikesan mengandungi kira-kira 224 bahan kimia ‘berjaya’ menyebabkan wanita Beijing tampak lebih tua 10 tahun berbanding wanita seusia mereka menetap di luar bandar.

Seorang lagi pakar dermatologi, Stephanie Williams berkata, pesakit beliau yang sihat dan bertubuh langsing juga didapati lebih tua daripada usia sebenar malah kain kasa berwarna putih yang dibekalkan untuk membersihkan wajah juga bertukar hitam. – Agensi

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori