Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Lagi Kes Pemandu Grab...

JOHOR BAHRU - Polis sedang giat mengesan seorang pemandu Grab yang dilaporkan hilang...

Indonesia Tutup Taman Komodo...

PULIHARA... Pihak berkuasa Indonesia bakal tutup sementara Taman Nasional Komodo di wilayah Nusa...

Malaysia Berada Di Landasan...

PETALING JAYA - Malaysia berada di landasan ke arah mencapai bajet seimbang dan...

Kerajaan Dicadang Lanjut Tempoh...

KUALA LUMPUR - Seorang peguam mencadangkan kerajaan agar mengkaji semula tempoh cuti bersalin...

Wanita Dipenjara Tonton Lelaki Main Bola Lancar Mogok Lapar

Ghoncheh Ghavami kini menjadi simbol perjuangan wanita Iran untuk menikmati kebebasan menonton perlawanan sukan melibatkan pemain lelaki.

TEHERAN – Seorang wanita Iran kerakyatan British, Ghoncheh Ghavami, yang dihukum penjara kerana menyaksikan satu perlawanan bola tampar lelaki antara pasukan Iran dan Itali di Stadium Azadi pada 20 Jun, kini melancarkan mogok lapar sejak 1 November lalu.

Menurut abang wanita itu, Imam Ghavami, adiknya melancarkan mogok sebagai membantah kelewatan hakim mahkamah melaksanakan tarikh sebenar hukuman penjara setahun selepas mendapati Ghoncheh, 25 tahun, bersalah dan membiarkan mangsa terus dipenjara tanpa had.

“Kes ini terbiar begitu sahaja. Saya tidak faham kenapa hakim enggan mewartakan tarikh penjara selepas menjatuhi hukuman bersalah. Mereka tiada asas perundangan untuk terus menahan adik saya,” kata Imam ketika diubungi agensi berita asing menerusi telefon.

Ghoncheh, graduan undang-undang di London ditahan polis pada 20 Jun lalu kerana didakwa cuba menonton perlawanan tersebut yang mengharamkan penonton dan wartawan wanita masuk ke stadium sehingga mencetuskan protes awam sebelum dibebaskan kemudian.


Beliau bagaimanapun ditahan semula beberapa hari selepas itu ketika datang di sebuah balai polis bagi menuntut beberapa barangan peribadi miliknya yang dirampas dekat stadium tersebut tetapi atas tuduhan menyebarkan propaganda antirejim pemerintah Iran.

Tuduhan sedemikian lazim digunakan pihak berkuasa Iran, namun pegawai mahkamah tempatan mendakwa Ghoncheh terpaksa ditahan atas sebab keselamatan yang tiada kena-mengena langsung dengan acara sukan antarabangsa itu. – Agensi

– AMREE AHMAD

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori