SEORANG wanita warga emas berusia 91 tahun dari Poland yang telah disahkan meninggal dunia oleh doktor bertugas mengejutkan seluruh ahli keluarganya apabila bangun semula selepas 11 jam berada dalam beg mayat.
Wanita tersebut, Janina Kolkiewicz disahkan mati oleh Dr Wieslawa C yang kini dipersalahkan kerana tersilap diagnosis kematian warga emas tersebut.
Selepas disahkan meninggal dunia, Janina dihantar ke pusat pengurusan mayat untuk hal pengebumian namun 11 jam selepas berada di situ, seorang pekerja menyedari terdapat pergerakan dalam beg mayat yang mengandungi mayat Janina.
Berasa curiga, pekerja tersebut membuka beg mayat dan terkejut apabila mendapati wanita itu masih hidup malah sempat meminta teh panas sebaik beg itu dibuka.
Selepas itu, Janina terus dihantar pulang ke rumah di mana ahli keluarganya sedang berkabung dengan ‘pemergiannya’ 11 jam sebelum itu. – MYNEWSHUB.CC