Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

24 Jam Operasi ICQS...

PUTRAJAYA - Malaysia dan Thailand bersetuju melanjutkan waktu operasi harian Kompleks Imigresen, Kastam,...

Perkhidmatan PERKESO Tidak Terjejas...

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) memberi jaminan perkhidmatan disediakan agensi itu tidak...

Syarat UMNO, PAS Tak...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Razak mendedahkan syarat yang diletakkan oleh UMNO...

Nour Shafinar Hamil, Tak...

IPOH - Nour Shafinar Harun, isteri Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya, yang meninggal...

Wanita Yang Dibeli Untuk Dijadikan Isteri, Dikurung 12 Tahun

CHINA – Seorang lelaki yang membeli isterinya melalui sindiket pemerdagangan manusia, akhirnya terpaksa mengurung wanita berkenaan umpama hamba selama 12 tahun selepas dia mengalami masalah mental.

Luo Jindong, 64, membeli wanita itu pada 2000 dan mengahwininya ketika Luo sendiri berusia 50 tahun.

Sehingga kini nama wanita yang dijadikan isteri dan telah melahirkan seorang anak lelaki kepadanya itu juga langsung tidak diketahui oleh Luo.

Dia hanya memanggil wanita itu `isteri’ dan langsung tidak mengetahui dan ambil kisah mengenai asal usul wanita terbabit.

Wanita itu kemudiannya mengalami masalah mental dan kerap memukul ibunya, menyebabkan Luo telah mengurungnya di dalam sebuah bilik.


Kini selepas ibunya meninggal dunia dan Luo kini memohon bantuan ramai bagi mengubati penyakit isterinya itu dan membina rumah mereka yang hampir roboh.

“Saya terpaksa bekerja keras setiap hari untuk mencari duit dan pada masa sama saya mahu anak saya merasai kehadiran ibunya.

“Saya sayangkan dia dan jika dia tidak mengalami masalah mental, saya tidak akan mengurungnya bagi tempoh yang lama.

“Saya masa setiap hari sebelum pergi kerja dan memandikannya. Saya cuma tidak mempunyai wang untuk membawanya ke hospital,’’ katanya.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori