Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Liwat Sembilan Pelajar, Pengetua...

KUALA LUMPUR – Seorang guru agama, yang merupakan pengetua sebuah pusat tahfiz di...

Amaran Angin Kencang Timur...

KUALA LUMPUR - Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40 hingga 50 kilometer...

Ini Respon Tiz Zaqyah...

EKORAN satu pendapat yang diberikan oleh pelakon Tiz Zaqyah menerusi aplikasi InstaStory di...

Jho Low ‘Masuk’ Ke...

AHLI perniagaan yang menjadi buruan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Low Taek Jho atau...

Yaman Bentuk Kerajaan Baharu Dengan 36 Anggota

SANAA – Yaman mengumumkan pembentukan kerajaan dengan 36 anggota bagi membawa keluar negara miskin itu daripada krisis politik, menurut agensi berita rasmi Saba.

Pembentukan Kabinet baharu itu semalam, susulan perjanjian damai yang dipersetujui selepas pemberontak Syiah Huthi menawan ibu negara Sanaa pada 21 September lalu, tertangguh berikutan ketegangan pihak pemberontak dengan lawan politik mereka.

Amerika Syarikat (AS) mengalu-alukan pembentukan kerajaan baharu itu dan menggalakkan negara Arab itu mengatasi perpecahan politik selepas krisis selama beberapa minggu.

Kerajaan baharu itu turut dianggotai empat wanita dengan seorang daripada mereka diberi portfolio penerangan dan budaya. Empat lagi anggota Kabinet sebelum ini dilantik semula manakala tiga lagi bertukar portfolio.

Mengikut perjanjian itu, wakil pemberontak dan parti Islam Sunni Al-Islah memberi mandat kepada Presiden Abdrabuh Mansur Hadi untuk membentuk kerajaan baharu itu dan menyokongnya. – AFP

  • Lagi berita berkaitan:
  • Yaman

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori