Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

H5N1: Tiada Kes Baharu...

KOTA BHARU - Tiada jangkitan baharu penyakit selesema burung (H5N1) dikesan di Kelantan...

Pengawal Keselamatan Didakwa Bunuh,...

JOHOR BAHARU - Seorang pengawal keselamatan dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini hari...

iPhone 7 Mungkin Dilancarkan...

JIKA anda sedang menantikan atau menabung sempena peranti terbaharu keluaran Apple, iPhone 7,...

Konsert Raja dan Rakyat...

Konsert Raja dan Rakyat Berpisah Tiada menampilkan Datuk Siti Nurhaliza, Datuk Hattan, Datuk...

YDPA Sempurnakan Istiadat Pertukaran Panji RAMD

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah hari ini berkenan menyempurnakan istiadat Pertukaran Panji-panji Rejimen Batalion Kesebelas dan Kelima Belas Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) di Kem Sungai Besi, di sini.

Baginda yang juga Kolonel Yang Dipertua RAMD turut bertitah meminta agar kedua-dua batalion mengotakan ikrar yang dilafazkan pada hari ini agar negara tetap terpelihara daripada sebarang ancaman musuh.

“Beta juga amat berbangga dengan prestasi yang ditunjukkan oleh kedua-dua batalion dalam melaksanakan amanah yang diberi oleh rakyat jelata.

“Justeru, beta menaruh sepenuh kepercayaan bahawa kedua-dua batalion ini agar dapat terus mengekalkan keyakinan rakyat,” titah baginda selepas acara Perbarisan Mara Menghadap di sini, Sabtu.

Turut berangkat Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah.


Baginda juga meminta seluruh anggota pasukan tentera itu menyanjung penghargaan dan keyakinan yang diberikan oleh rakyat demi kesejahteraan dan kemakmuran negara yang berdaulat.

Terdahulu, baginda berkenan memeriksa perbarisan kehormatan kedua-dua batalion yang keseluruhannya terdiri daripada 38 pegawai dan 608 anggota diketuai Pegawai Memerintah 11 RAMD, Lt Kol Mohd Kamil Abdul Latif dan Pegawai Memerintah 15 RAMD, Lt Kol Mat Noh Ngadiman.

Perbarisan kali ini merupakan pertukaran panji-panji rejimen kali kedua diadakan secara serentak selepas pertukaran panji-panji rejimen Batalion Pertama dan Batalion Kelapan pada tahun 2010.

Turut hadir Pengerusi RAMD Lt Jeneral Datuk Sri Zulkiple Kassim. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori