November dimulakan dengan banyak kisah selebriti tanah air menimang cahaya mata.
Jika sebelum ini bayi comel milik Rozita Che Wan (Che Ta) selamat dilahirkan, kini juara Akademi Fantasia musim kedua, Zahid pula akhirnya selamat menimang cahaya mata.
Sarah Julifa Isa, isteri kepada Zahid melahiran anak sulung mereka yang merupakan bayi lelaki, jam 5 petang semalam.
Bayi seberat 3.5 kilogram ini dilahirkan secara pembedahan di Dewan Bersalin Muslimah, Taman Sunway Batu Caves.
Berita Harian melaporkan, Zahid yang merupakan penyampai radio Era FM meluahkan rasa syukur dan teruja kerana pertama kali bergelar bapa.
“Mendengar tangisan anak buat kali pertama membuatkan saya dan isteri syahdu dan sebak. Selesai anak dimandikan, saya laungkan azan di telinganya. Itu antara pengalaman berharga saya saat bergelar bapa.
“Saat ini kami tengah memilih nama. Insya-Allah pada hari ketujuh kami akan putuskan nama buatnya. Alhamdulillah anak dan isteri saya dalam keadaan baik,” katanya yang sudah setahun lebih membina rumah tangga dengan Sarah. – MYNEWSHUB.CC
Oleh: FARAH