Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

LTTE: 2 ADUN DAP...

DUA Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP yang ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan...

Tiga Maut Kenderaan Masuk...

Batu Pahat - Tiga orang termasuk dua wanita maut manakala seorang cedera apabila...

Keluarga Sokong Keinginan Budak...

SEPASANG suami isteri dari California, Amerika Syarikat mengejutkan ramai apabila mendedahkan bahawa mereka...

AS Usir Keluar Dua...

AMERIKA Syarikat (AS) mengarahkan dua diplomat kanan Venezuela untuk meninggalkan negara itu dalam...

Desas-Desus Fara Fauzana Bakal Tinggalkan Hot FM?

SELEPAS penyampai radio Kieran meninggalkan stesen radio Hot FM kerana ingin memberikan fokus terhadap perniagaan makanan ‘frozen’ yang diusahakannya, dengar-dengar khabar juga deejay popular stesen tersebut, Fara Fauzana bakal mengikut jejak langkah Kieran dalam masa terdekat ini.

Memetik sumber daripada penulisan kolum gosip dalam sebuah akhbar mingguan, tidak pasti pula disebabkan faktor apa Fara atau lebih dikenali sebagai Fara Fauzana mahu angkat kaki daripada Hot FM.

Kalau benar desas-desus ini, pastinya Hot FM akan kehilangan serinya kerana Fafau pun sudah mempunyai pengikutnya tersendiri yang gemarkan celotehnya yang sentiasa bersahaja ketika mengendalikan segmen pagi bersama rakan setugas AG dan Fizi.

Agak-agaknya Fafau dapat mana-mana tawaran yang lagi kencang daripada stesen radio lain ke?


Kalau macam tu makin bertambahlah rezeki Fafau, yela dia pun bukan calang-calang orang dalam industri yang diceburinya kan!

Apa-apa pun kita tunggu pengumuman rasmi daripada Fafau berhubung isu ini dan selamat maju jaya ‘in advanced’ sekiranya benar Fafau menerima tawaran yang lebih lumayan daripada mana-mana pihak yang berminat dengan cara kerjanya. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori