Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

PNB Umum Agihan Pendapatan...

KUALA LUMPUR - Amanah Saham Nasional Bhd. hari ini mengumumkan agihan pendapatan sebanyak...

Pelajar Malaysia Meninggal Dunia...

MELAKA - Seorang pelajar dari Melaka yang menuntut di tahun tiga Ijazah Sarjana...

PAS Belum Putus Ikut...

KOTA BHARU: PAS mengesahkan akan menyertai Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor namun belum...

Shuib Sepahtu Jadi ‘Raja...

MELAKA - “Akhirnya saya mampu menarik nafas lega dan ia berakhir tanpa insiden,”...

180 Peserta Sertau ‘Mai Gasing Championship 2014’

KUALA LUMPUR – Sebanyak 180 peserta terdiri daripada peminat gasing seluruh negara akan menyertai ‘Mai Gasing Championship 2014’ yang diadakan hujung minggu ini.

Pengarah Bahagian Bimbingan Seni Budaya, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Mohd Amran Mohd Haris berkata acara tersebut berlangsung dari 19 hingga 21 Dis di dua lokasi berbeza.

“Pada 19 hingga 20 Dis, acara saringan akan dijalankan di Kompleks Sukan Kampung Pandan di ibu negara, manakala pusingan akhir pada 21 Dis bakal berlangsung di dalam kompleks beli-belah Klang Parade, di Klang,” katanya ketika menjadi tetamu rancangan Selamat Pagi 1Malaysia yang disiarkan secara langsung di TV1, hari ini.

Katanya pertandingan dibuka kepada tiga kategori iaitu kanak-kanak, remaja dan dewasa.

Amran berkata penganjuran di dalam kompleks membeli-belah itu bertujuan mendekatkan permainan tradisional berkenaan kepada orang ramai terutama generasi muda yang tinggal di bandar.


Sementara itu, Presiden Persekutuan Gasing Malaysia, Abdul Hasim Katang berkata antara gasing yang akan diguna pada pertandingan tersebut adalah daripada jenis pangkah dan uri.

Katanya semua gasing itu bukan diperbuat daripada kayu, sebaliknya menggunakan polimer kerana ia murah dan mudah diperoleh. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori