Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Parlimen Dijangka Terima Pemakluman...

KUALA LUMPUR: Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun menjangkakan pemakluman...

Kamal Adli Simpati Emma...

Baru-baru ini aktor kacak, Kamal Adli baru sahaja menyambut ulang tahun kelahirannya bersama-sama...

UMNO Umum 5 Ahli...

KUALA LUMPUR - UMNO mengumumkan pelantikan lima Ahli Majlis Tertinggi yang baharu berkuatkuasa...

28 Maut Kebakaran Kilang...

MANILA - Sekurang-kurangnya 28 orang maut dan berpuluh lagi dikhuatiri mati selepas sebuah...

2 Exco PAS Diberi Gelaran ‘Datuk’ Azmin Tiada Dalam Senarai..!

PETALING JAYA – Dua wakil rakyat PAS adalah antara penerima darjah kebesaran sempena ulang tahun ke-69 Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, walaupun spekulasi bertiup kencang bahawa Azmin Ali berada dalam senarai.

Iskandar Abdul Samad dan Dr Ahmad Yunus Hairi, yang juga anggota exco Selangor, akan menerima anugerah Datuk Paduka Mahkota Selangor (DPMS) yang membawa gelaran ‘Datuk’.

Seramai 102 penerima akan menerima anugerah masing-masing daripada Sultan Sharafuddin di Istana Alam Shah di sini, Khamis.

Pada Rabu, spekulasi bahawa Azmin akan diberi anugerah yang membawa gelaran ‘Datuk Seri’ oleh Sultan Selangor telah dinafikan oleh satu sumber.

Sebuah portal dalam talian melaporkan bahawa Menteri Besar Selangor akan termasuk dalam senarai penerima anugerah itu.


Bagaimanapun, sumber itu berkata Azmin tidak akan diberikan sebarang anugerah pada ketika ini.

Spekulasi ini berlegar di internet sehari selepas gelaran ‘Datuk Seri’ Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ditarik balik oleh Sultan Selangor.

Istana Selangor dalam satu kenyataan pada minggu lepas berkata keputusan untuk membatalkan gelaran Anwar kerana beliau telah ‘berulang kali mempersoalkan integriti Sultan Sharafuddin dan institusi diraja dalam krisis menteri besar baru-baru ini.’
mStar Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori