Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Teater Monolog HIV Di...

KUALA LUMPUR - Teater monolog yang menceritakan kisah benar berkaitan penghidap HIV akan...

Polis Tahan Remaja Terlibat...

KUANTAN - Polis menahan seorang remaja dipercayai terlibat dengan kegiatan mencuri motosikal dalam...

Mencari Generasi Muda Pewaris...

KUALA KANGSAR - Sebaik sahaja tiba di Inap Desa Kampung Labu Kubong (kira-kira...

Jenazah 4 Mangsa Kebakaran...

SERDANG - Mayat empat mangsa kebakaran di sebuah rumah teres dua tingkat di...

2 Maut, 2 Cedera, Kapal Asing Bawa Muatan LPG Terbakar

KUALA TERENGGANU – Dua maut manakala dua lagi cedera selepas kapal tangki membawa muatan gas petroleum cair (LPG) terbakar dalam kejadian kira-kira 26 batu nautika (48 km) ke Timur Laut Kuala Terengganu, petang Rabu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang itu seorang krew warga Myanmar, Zaw Myo Htut, 23, dan seorang lagi warga Korea Selatan, Song Oh Weon, 56, mati di tempat kejadian akibat terbakar.

Manakala dua lagi yang cedera adalah seorang krew warga Myanmar, Khine Zin Lin, 28, dan seorang krew warga Korea Selatan, Chow Tea Won, 64, masing-masing cedera pada bahagian kaki dan perut.

Pengarah Operasi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kuala Terengganu, Mohammad Zainal berkata sebaik menerima laporan berhubung insiden itu, seramai enam anggota pihaknya dikejarkan ke tempat kejadian.

Katanya, sebaik tiba, pihaknya mendapati kebakaran itu telahpun dipadamkan, namun terdapat mangsa yang cedera dan maut akibat kebakaran tersebut.


“Hasil pemeriksaan ke atas kapal tersebut, kita menemui dua krew kapal telah meninggal dunia manakala dua lagi mengalami kecederaan sebelum dikejarkan ke Pengkalan APMM Pulau Kambing untuk diberikan rawatan lanjut,” kata Mohammad ketika ditemui pemberita, di Kuala Terengganu, Khamis.

Menurutnya, kapal yang belayar ke Korea Selatan bersama 23 krew ini dipercayai menuju ke Thailand sebelum terbakar di perairan negara.

Mohammad berkata siasatan lanjut dijalankan pihak berkuasa bagi menentukan punca kejadian itu.

Mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu untuk mendapatkan rawatan lanjut manakala dua mayat dihantar ke hospital yang sama untuk dibedah siasat. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori