Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Luahan Kekecewaan Tun Mahathir...

DENGARKANLAH...Waktu d sekolah rendah dulu..aku sgguh tertarik pd sbuah gmbar yg tgantung d...

Terengganu Bakal Tubuh TFC...

KUALA TERENGGANU - Kerajaan Negeri Terengganu bakal menubuhkan Terengganu Football Club (TFC) Sdn...

Gambar: Kemeriahan Majlis Baby...

DIAM tak diam, dah makin hampir due date pelakon Lisa Surihani untuk melahirkan...

Lelaki Warga Oman Didakwa...

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki rakyat Oman, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret...

Hon Punya Hal, Penunggang Motor Nak Tumbuk Warga Emas

Hon dicipta untuk jadi satu alat amaran kepada pengguna jalanraya apabila berlaku situasi yang boleh bawa bahaya, namun entah kenapa rakyat Malaysia pantang betul jika dihon.

Mungkin bagi pemandu jenis ini, jika kena hon maknanya dia telah diperlekehkan oleh pemandu lain sebagai orang yang tak reti memandu agaknya.

Tak hairanlah, ramai pemandu terutama jenis baran melampau dengan mudah menjadikan hon sebagai suis yang menghidupkan perangai samseng mereka.

Terbaharu awal bulan ini, seorang pemuda dirakam turun dari motosikal lalu beraksi ganas kepada pemandu kereta warga emas semata-mata bengang akibat dihon.

Menurut pemilik Facebook I-Ling Tay, ibunya membunyikan hon untuk meminta laluan selepas pemuda ini menunggang motosikal di tengah-tengah jalan namun tindakan itu membuatkannya bengang apabila dilihat mula menunjukkan isyarat tangan.

10849991_10152512864758365_6400581204280154194_n

10850100_10152512865208365_4027136572980249499_n


Setibanya di lampu isyarat, pemuda tersebut kemudiannya turun dari motosikal lalu mula memaki, menumbuk cermin kereta mereka, seterusnya menendang bumper depan untuk menunjukkan perasaan marah. Lelaki itu dikatakan hanya berhenti selepas disabarkan pembonceng wanita bersamanya.

Komen kami, tindakan lelaki ini sememangnya tak patut tapi mungkin, hanya mereka yang terlibat tahu apa sebenarnya berlaku di jalanraya pada hari tersebut.

Tapi tak kiralah apa pun yang berlaku, semua pemandu sepatutnya mengamalkan sikap tolak ansur, sabar dan berhemah.

Janganlah disebabkan hal kecil mahu menunjukkan amarah masing-masing kemudian bergaduh di jalanan seperti ini. Macam tak ada tamadun ok! – MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=RZqRAD6lcyQ

Oleh: REM RAMZI

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori