Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Lesen Untuk Penunggang P-Hailing...

Lesen vokasional khas yang perlu diambil oleh penunggang perkhidmatan p-hailing tidak sama seperti...

2 Beradik, Rakan Lemas...

JOHOR BAHRU - Dua beradik yang berkongsi tarikh lahir seorang rakan mereka ditemui...

PKR Masih Tunggu Penjelasan...

KUALA LUMPUR - Parti Keadilan Rakyat (PKR) masih menunggu penjelasan daripada Timbalan Presidennya,...

Melaka Bebas Penyakit Hawar...

ALOR GAJAH - Kerajaan negeri belum menerima sebarang laporan mengenai wabak penyakit Heamoragic...

Misteri Siling Runtuh.. 2,000 Coli, Pakaian Dalam Bertaburan

NANNING, GUANGXI – Sejak sedekad lalu penghuni beberapa apartmen di sekitar bandar Yulin musykil kerana mereka menghadapi masalah sama – kehilangan coli serta pakaian dalam wanita.

Selama sedekad itu juga mereka tidak menyangka pakaian dalam itu sebenarnya disembunyikan tidak jauh dari kediaman masing-masing.

Longgokan itu disimpan di atas siling bilik tidur jiran mereka – seorang lelaki dikenali sebagai Tan.

Rahsia Tan terbongkar baru-baru ini apabila siling berkenaan roboh, sekali gus menyebabkan lebih 2,000 pasang dalam wanita itu bertaburan di bilik berkenaan.

23hmbera2.transformed

Media semalam melaporkan, Tan menyelinap ke banyak apartmen di sekitar kediamannya untuk mencuri coli dan seluar dalam wanita.


Sumber polis berkata, Tan, 30-an, menggunakan kunci pendua untuk menjalankan kegiatan berkenaan ketika penghuni sesuatu unit keluar bekerja.

Namun polis tidak menyatakan bagaimana Tan mendapat kunci pedua itu.

“Ketika disiasat, Tan mengaku salah dan mendakwa dia mengalami masalah psikologi.

“Namun Tan tidak pasti sejak bila dia mula kemaruk menyimpan pakaian dalam wanita,” katanya.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori