Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Redza Rosli Sangkal Dakwaan...

PETALING JAYA - Pelakon Redza Rosli menyangkal dakwaan bersikap pilih bulu terhadap syarikat...

Caj Parkir: Teresa Kok...

KUALA LUMPUR – Anggota Parlimen Seputeh, Teresa Kok dan satu pihak lagi, hari...

Saya Tak Terfikir Tarik...

JERLUN - Tan Sri Annuar Musa berkata beliau sama sekali tidak pernah terfikir...

Tiada Seorang Pun Hadir...

RUNTUN hati seorang ibu apabila tiada seorang pun rakan sekolah anaknya yang merupakan kanak-kanak...

China Lancar Tren Laju Ke Wilayah Etnik Muslim Xinjiang

BEIJING – Pemerintah China hari ini melancarkan secara rasmi operasi kereta api laju pertama ke Urumqi, ibu kota wilayah paling barat dan jauh terpencil negara itu, Xinjiang yang didiami majoriti umat Islam China dari etnik Uighur, lapor media tempatan.

Tren laju berbentuk peluru itu merupakan model terbaharu CRH380A keluaran firma tempatan, China South Locomotive & Rolling Stock Corp. serta menghubungkan Urumqi terus dengan ibu kota wilayah Gansu, Lanzhou dengan jarak jauh 1,777 kilometer.

Stesen penyiaran milik pemerintah, China Central Television turut menyiarkan visual menunjukkan kumpulan penumpang pertama seramai 622 orang sedang sibuk dilayan pramugari berpakaian tradisional Uighur dan etnik-etnik lain di dalam gerabak.

Kereta api itu mampu bergerak pada kelajuan maksimum 250 kilometer sejam bakal memendekkan masa perjalanan daripada sehari jika memandu kereta kepada kurang 12 jam sahaja termasuk melalui banjaran gunung Qilian dan lima zon angin kencang.


Perkhidmatan sulung Lanzhou-Urumqi berlepas dari stesen utama di Lanzhou Barat pukul 6 pagi (sama waktu dengan Malaysia) manakala satu lagi tren laluan Urumqi-Lanzhou mula berlepas hampir serentak dari stesen Urumqi tetapi selang dua minit kemudian, menurut agensi berita rasmi Xinhua.

Projek kereta api berkelajuan tinggi laluan Urumqi-Lanzhou itu adalah sebahagian daripada rancangan jangka panjang tren laju kebangsaan dan kemudian bakal menghubungkan Lanzhou terus dengan Beijing, ibu kota China menjelang tahun 2017.

Apabila siap kelak, ia sekali gus mengurangkan masa perjalanan Urumqi-Beijing yang sekarang mengambil tempoh 41 jam sekiranya memandu kereta kepada hanya 16 jam dan seterusnya laluan itu bersambung pula dengan Shanghai dan Guangzhou di selatan.

China telah memulakan projek kereta api laju sejak 1999 dan kini negara tersebut sudah memiliki rangkaian landasan terbesar di dunia dengan jarak 11,000 kilometer manakala jika siap sepenuhnya pada 2020, jarak keseluruhan ialah 16,000 kilometer. – Agensi

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori