Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Pelacuran Di Sabah Mungkin...

JOHOR BAHRU – Siasatan terhadap penemuan wang tunai RM13.04 juta di Sabah dua...

Pembunuh Kanak-Kanak Maut Dibelasah...

SEORANG lelaki yang telah membunuh anak kandungnya yang berusia tiga tahun, maut dibelasah di...

Dewan Rakyat Lulus Rang...

KUALA LUMPUR – Persidangan Dewan Rakyat hari ini sebulat suara meluluskan Rang Undang-undang...

Apa Yang Anda Perlu...

TINGGAL sehari lagi temasya sukan dwitahunan Sukan SEA 29 yang diadakan di Malaysia...

3 Persatuan Mahu Jimmy Wong Henti Politikkan Laporan RCI

SANDAKAN – Tiga persatuan kebudayaan Suluk dan Bajau di sini mahu Pengerusi DAP Sabah Jimmy Wong berhenti mempolitikkan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai masalah pendatang asing tanpa izin di Sabah.

Tiga persatuan berkenaan adalah Persatuan Suluk Bersatu Sabah (PSBS), Persatuan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Suluk Sandakan (Pusaka) dan Persatuan Kebudayaan dan Kebajikan Bajau Sandakan (PKKBS).

Pemangku Presiden PSBS Aishah Datu Bachtigal yang mewakili tiga persatuan itu berkata biarlah proses seterusnya berjalan dengan berkesan tanpa gangguan politik yang hanya akan menimbulkan ketegangan.

“Tindakan Jimmy itu sengaja memutarbelitkan laporan RCI dan boleh menimbulkan ketegangan antara bumiputera Islam dan bukan Islam.

“Jangan kaitkan isu agama dengan manipulasikan laporan RCI,” katanya pada sidang media di sini Jumaat.


Pusaka diwakili Presidennya Hatta Yunus Sawabi dan PKKBS oleh Yang Dipertuanya Jaafar Mustapha.

Laporan RCI diumumkan pada 3 Dis lepas oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa. Jimmy antara pemimpin pembangkang di Sabah mengeluarkan kenyataan tidak berpuas hati dengan hasil laporan itu.

Aishah berkata tiga persatuan itu menyokong penuh laporan RCI tersebut dari segi penemuan dan cadangan yang dikemukakan.

Menurutnya menerusi laporan RCI itu, ia dapat membantu usaha menangani masalah pendatang asing tanpa izin di Sabah. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori