Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

PKP 2.0: Rakyat Diminta...

1. Dewan Pemuda IKATAN Malaysia (DPIM) menyeru seluruh rakyat untuk bersabar dengan dugaan...

Masih Ada Peluang Pulihara...

KUALA LUMPUR - Kawasan perlombongan bauksit di Pahang yang kini gersang boleh digunakan...

Rugi Sektor Pengangkutan Tak...

KUALA LUMPUR - Aplikasi mudah alih telefon pintar atau ‘e-hailing’ untuk mendapatkan perkhidmatan...

Kecoh Batman, Captain America...

FIGURA dua adiwira ini sudah tentu tidak asing lagi bagi peminat cerita 'Superhero...

37 Maut, 95 Cedera Dalam Serangan Bom Di Iraq

BAGHDAD – Sejumlah 37 orang terbunuh dan 92 cedera dalam serangan bom berasingan di timur Iraq semalam, lapor agensi berita Xinhua.

Kira-kira 12 orang terbunuh dan 41 lagi cedera apabila berlaku letupan bom kereta berhampiran sebuah pasar popular di daerah bandaraya Sadr, mengakibatkan beberapa kedai musnah.

Letupan bom kereta kedua pula berlaku berdekatan beberapa restoran di daerah sama beberapa minit kemudian, mengakibatkan sembilan orang maut dan 28 cedera.

Dalam kejadian berasingan, seorang orang awam terbunuh dan tiga lain cedera apabila sebutir bom meletup di tepi jalan di daerah Kaarada di Baghdad.

Polis berkata seorang pengebom bunuh diri meletupkan dirinya di sebuah kafe di bandaraya Kirkuk di utara, mengorbankan sekurang-kurangnya 15 orang dan mencederakan 20 orang. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori