Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Mahkamah Tolak Permohonan Ambil...

SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak dengan kos permohonan...

Tosai Terpanjang, Aachi Kitchen...

REMBAU - Aachi Kitchen Catering buat pertama kalinya tempa nama dalam Malaysia Book...

Seniman, JPJ Keluarkan Nombor...

PERSATUAN Seniman dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bekerjasama mengeluarkan nombor plat khas bermula...

Zon Maut Di Puncak...

KATHMANDU - Kematian mengejut beberapa individu di Gunung Everest pada musim ini menjadi...

4 Tahun Cacing Guinea Hidup Dalam Kaki

AUSTARLIA – Seekor cacing `Guinea’ sepanjang satu meter dikesan berada dalam kaki seorang lelaki dari Sudan selama lebih empat tahun.

Keadaan itu hanya disedarinya selepas kaki lelaki terbabit bengkak selama setahun, hingga memaksanya mendapatkan rawatan doktor.

Hanya selepas imbasan x-ray dilakukan barulah doktor dapat melihat dengan jelas cacing berkenaan yang telah mati dan mula mereput dalam kaki lelaki berusia 38 tahun itu.

cacing1

Lelaki itu kemudiannya menjalani pembedahan mengeluarkan cacing terbabit dan dia kini semakin pulih.

Menurut doktor yang merawatnya, Dr Jonathan Darby, kebiasaannya cacing hidup dalam usus dan memasuki badan manusia menerusi larvanya hasil minum air yang mengalami jangkitan.


“Kebiasaannya cacing ini akan menggali kulit manusia dan akan membebaskan diri melalui kesan lepuh pada kulit.

“Proses ini mengambil masa selama bertahun-tahun. Ia boleh hidup dalam badan manusia selama bertahun-tahun sebelum mati, mereput dan menyebabkan masalah di bahagian berkenaan, sama seperti yang dialami oleh pesakit kami,’’ katanya.

Cacing Guinea itu boleh menyebabkan dracunculiasis dan ia boleh didapati di Selatan Sudan, Habsyah, Ghana dan Chad.

Ia tidak boleh dirawat atau menjangkiti orang lain.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori