SEOUL – Pasukan mencari dan menyelamat semalam menemui enam lagi mayat kru bot tunda milik Korea Selatan yang karam di Laut Bering, manakala 46 yang lain masih hilang.
Penemuan itu sekali gus meÂÂnunjukkan peluang yang tipis untuk menemui kru yang masih hidup.
“Semasa ditemui oleh anggota penyelamat, kesemua enam mayat berkenaan memakai jaket keselamatan,†kata seorang jurucakap mewakili pemilik bot dari syarikat Sajo Industries itu.
Kesemua mayat terbabit ditemui sekitar 14 kilometer di bahagian barat daya iaitu lokasi kapal Oryong 501 seberat lebih 1,000 tan itu dilaporkan karam bersama 60 kru di lautan yang sejuk pada Isnin lalu.
Penemuan itu menjadikan jumlah mayat yang ditemui kini sebanyak tujuh mayat dengan tujuh kru yang lain dapat diseÂÂlamatkan, manakala 46 lagi masih hilang.
Menurut pegawai Kementerian Luar Seoul, sebuah pesawat peÂÂngawal pantai Amerika Syarikat dilaporkan turut bekerjasama mencari mangsa yang masih hilang sambil dibantu oleh kapal milik Rusia yang melancarkan pencaÂÂrian di sekitar lokasi kejadian.
Penemuan empat bot penyelamat yang telah rosak kelmarin mencetuskan kebimbangan bahawa kesemua anak kapal mungkin telah tenggelam ke dalam air laut yang sejuk bersama-sama dengan bangkai bot.
Kru bot yang terlibat termasuklah 11 warga Korea Selatan, 35 warga Indonesia, 13 warga Filipina dan seorang warga Rusia yang telah disahkan oleh inspektor perikanan berdasar maklumat daripada mangsa yang terselamat. – AFP