KUALA LUMPUR – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyelamatkan 4,628 pengemis dan gelandangan melalui operasi berkala dan mengejut yang dilakukan di seluruh negara, sejak 2011 hingga Ogos lepas.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datin Paduka Chew Mei Fun berkata, operasi berkala dilakukan sekurang kurangnya sebulan sekali melibatkan agensi penguatkuasaan peringkat daerah manakala operasi mengejut dijalankan apabila menerima aduan orang ramai.
“Kementerian menangani masalah pengemis dan gelandangan dengan pendekatan yang berhemah dan prihatin bagi membantu mereka untuk diberi perlindungan sewajarnya,” katanya menjawab soalan Senator Datuk Yahaya Mat Ghani semasa sesi soal jawab di Dewan Negara, di sini hari ini. – BERNAMA