Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Catat Sejarah… TMJ Bakal...

KUALA LUMPUR - Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim akan menjadi salah...

KP Kesihatan Malaysia Dilantik...

KUALA LUMPUR – Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah dilantik...

Pengubahsuaian Bajet Cermin Keprihatinan...

KUALA LUMPUR - Pengubahsuaian Bajet 2016 yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib...

Kos Projek Perumahan Kastam...

KOTA KINABALU - Kos projek tiga blok bangunan perumahan Kastam di Sepanggar yang...

5 Ladang Ternakan Di Kanada Diserang Wabak Selesema Burung

VANCOUVER, British Columbia – Sebanyak tujuh negara menguatkuasakan sekatan ke atas ternakan ayam itik dari Kanada selepas ladang penternakan kelima di Lembah Fraser, dalam negeri British Columbia dikuarantin akibat selesema burung, kata beberapa pegawai kelmarin.

Agensi Pemeriksaan Makanan Kanda menyatakan, lebih 140,000 ayam belanda dan ayam yang terkena jangkitan selesema itu akan dihapuskan.

Menurut agensi berkenaan, ladang penternakan kelima itu dikuarantin selepas seorang penternak melaporkan tentang kematian luar biasa melibatkan ayam belanda miliknya.

“Ladang kelima itu menyimpan kira-kira 60,000 ekor ayam belanda,” kata ketua veterinar British Columbia, Dr. Jane Pritchard.

Selesema burun dikesan buat pertama kali di Kanada seminggu lalu melibatkan sebuah ladang ternakan ayam di Chilliwack. Ladang ternakan itu menempatkan sekitar 7,000 ekor ayam.


Dalam pada itu, pihak berkuasa Kanada menyatakan, tiada kes jangkitan manusia melibatkan virus itu dilaporkan di Kanada setakat ini.

Wabak selesema burung di British Columbia mendorong sekurang-kurangnya tujuh negara termasuk Amerika Syarikat, Jepun, Korea Selatan, Taiwan dan China. – AP

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori