Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Hubungan China – Malaysia...

KUALA LUMPUR - Saling menghormati dan mempercayai antara satu sama lain merupakan antara...

Anggota Polis, Tentera Pun...

KISAH seorang wanita Muslim berhijab bangga bercerita pengalaman dirinya memelihara anjing dalam rumahnya...

Penjenayah Miliki 10 Rekod...

JOHOR BAHRU - Seorang anggota polis nyaris maut selepas dirempuh penjenayah yang melanggar...

Pengkhianat: Shahrir Persoal Shahidan...

PETALING JAYA - Seorang pemimpin veteran UMNO mempersoal pelantikan Shahidan Kassim sebagai pengerusi...

6 Maut, Lori Sampah Rempuh Orang Ramai Tengah ‘Shopping’ Krismas

LONDON – Enam orang maut dan lapan lagi mengalami kecederaan di Glasgow, Scotland apabila sebuah lori sampah merempuh orang ramai yang membeli-belah sempena Hari Natal, malam tadi.

Saksi berkata, lori itu melanggar orang ramai seperti “pinball” apabila pemandunya hilang kawalan sejauh kira-kira 300 meter dan berhenti sebaik merempuh masuk ke dalam sebuah hotel.

“Berita sedih kerana enam orang mati akibat kemalangan tragik di George Square,” kata tweet polis Scotland.

Penguasa Polis, Stewart Carle berkata, mangsa yang mati didapati di beberapa tempat.

Katanya, pemandu lori itu dilaporkan tersembam di stereng kenderaan terbabit dan mungkin mengalami serangan jantung serta kini sedang dirawat di hospital.

Polis berkata, penyiasatan nahas itu sedang disiasat bagi memastikan punca sebenar kejadian.


“Lori itu hanya terbabas. Ia naik ke bahu jalan dan melanggar orang seperti pinball,” kata saksi, Melanie Greig kepada Sky News.

“Orang ramai cuba melarikan diri tapi apabila sesuatu datang dari belakang anda seperti lori itu, bagaimana mereka nak lari menyelamatkan diri.

“Bunyi bising kedengaran, bunyi bangm jeritan dan macam-macam. Ia memang dahsyat,” katanya.

Lori sampah milik Majlis Bandar raya Glasgow City Council, naik ke atas bahu jalan dan melanggar pejalan kaki di luar Galeri Modern Art , Queen Street pada kira-kira jam 2.30 petang waktu tempatan. – AFP

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori