Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Bukit Beruntung: Operasi SAR...

HULU SELANGOR - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dua murid Sekolah Kebangsaan Taman...

Mahathir Pangkas Kepak Politik...

PETALING JAYA - Sikap membisu penasihat DAP Lim Kit Siang mengenai skandal Bumiputra...

Raja Bahrin Tiba Untuk...

SEPANG - Raja Bahrain Raja Hamad Isa Al Khalifa berangkat tiba di Malaysia...

Saya Masih Berjiwa UMNO...

IPOH - Bekas Ketua Wanita UMNO Bahagian Gopeng Datuk Hamidah Osman menerima keputusan...

7 Rumah Di Kg. Geliga Baru, Kemaman Dibadai Ombak

KEMAMAN – Sebanyak tujuh buah rumah di Kampung Geliga Baru dekat sini rosak teruk akibat dipukul ombak dalam kejadian fenomena air laut pasang besar beserta hujan lebat dan angin kencang malam tadi.

Bagaimanapun tiada yang cedera dalam kejadian kira-kira 8 malam tadi melibatkan 50 orang daripada 10 keluarga yang kini ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Geliga dan balai raya kampung berkenaan.

Seorang daripada mangsa kejadian itu, Shaiful Azzuari Abdullah, 23, berkata ketika kejadian beliau bersama-sama anggota keluarganya sedang menikmati makan malam.

“Kami dah biasa mendengar deruan ombak, tapi kali ini berlainan sedikit dan masa kami tengah makan malam, tiba-tiba terdengar bunyi ombak kuat yang terus membadai dinding rumah kami dan air laut pun memenuhi dalam rumah.

“Saya segera menyelamatkan barangan sekadar mampu sebelum membawa anggota keluarga ke tempat selamat,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di tempat kejadian di sini hari ini.

Ismail Jais, 72, pula berkata beliau sekeluarga sudah lebih awal berpindah ke balai raya sejurus diberitahu akan berlaku fenomena air pasang besar.


“Sebaik saya dimaklumkan akan berlaku air pasang besar malam tadi, saya terus bawa anggota keluarga ke balai raya kampung kami,” kata nelayan itu.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek pagi ini turut meninjau keadaan rumah penduduk yang rosak teruk itu.

Anggota Parlimen Kemaman itu turut memberi jaminan akan membantu mangsa-mangsa berkenaan dengan kadar segera bagi meringankan beban mereka.

Katanya pihak kerajaan memang dalam perancangan untuk menempatkan penduduk terbabit di kediaman baharu di bawah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di Kampung Paya Berenjut dekat sini. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • ombak

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori