Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

PDRM Akan Berjumpa PM...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengatur pertemuan dengan Perdana Menteri...

Hamilton Tidak Harap Tuah...

BARCELONA - Pendahulu kejuaraan Lewis Hamilton berharap dia dapat bergantung kepada persembahan terbaik...

Warna Air Paip Di...

KUALA LUMPUR - Orang ramai di Port Dickson dan Rembau, Negeri Sembilan berasa...

Demo Haram #Tangkap MO1...

KUALA LUMPUR - Tindakan sekumpulan mahasiswa propembangkang menganjurkan perhimpunan haram #Tangkap MO1 berakhir...

72% Pengguna Internet Berusia Antara 7 Hingga 35

KUALA LUMPUR – Statistik Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menunjukkan 72 peratus daripada 18.6 juta pengguna Internet di Malaysia adalah golongan berusia antara tujuh hingga 35 tahun.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari berkata, SKMM juga melaporkan bahawa berdasarkan kajian dilakukan terhadap 1,000 pelajar institusi pengajian tinggi, 600 daripada mereka menghabiskan banyak masa di laman sosial dan ketagihan itu boleh menjejaskan kesihatan mereka dan juga berdepan ancaman siber.

“Adalah penting bagi pengguna Internet mengamalkan sikap bertanggungjawab semasa menggunakan kemudahan itu untuk menangani ancaman siber.

“Kerajaan (Malaysia) telah memperkenalkan program khas dikenali Klik Dengan Bijak untuk mendidik dan meningkatkan kesedaran tentang penggunaan Internet secara selamat dan positif,” katanya.


Jailani berkata demikian dalam ucapannya pada Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) Telecom Dunia 2014 bertema ‘Strategi Bagi Masyarakat Lebih Pintar’ di Doha, Qatar, Selasa.

Teks ucapan beliau dihantar kepada Bernama di sini, semalam. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori