Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Siap Siaga Tahap Optimum...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini berada di tahap siap siaga...

Edra Bina Loji Tenaga...

KUALA LUMPUR - Pelaburan terbesar di Kedah bakal menjadi kenyataan dengan loji tenaga...

99% Manifesto Di Parlimen...

KUCHING - Kira-kira 99 peratus manifesto Barisan Nasional (BN) untuk kawasan Parlimen Petra...

PETRONAS Nafi Bincang Ambil...

KUALA LUMPUR : PETRONAS menafikan pihaknya sedang mengadakan sebarang perbincangan dengan kerajaan mengenai...

80 Batang Gigi Dikeluarkan Dari Rahang Budak Lelaki

Mumbai – Seorang budak lelaki berusia tujuh tahun terpaksa menjalani pembedahan selama empat jam bagi membuang 80 batang gigi yang tumbuh dalam rahang atas mulutnya.

Keadaan berkenaan hanya disedari oleh doktor selepas budak itu mengadu kesakitan di bahagian tersebut.

Budak itu dikenalpasti mengalami Odontoma iaitu sejenis tumor yang memberi kesan kepada gusi atau rahang dan menyebabkan pertumbuhan gigi.

Menurut doktor di hospital berkenaan, budak itu mendapatkan rawatan di situ sejak lima hari lalu dan selepas pemeriksaan dilakukan, pasukan perubatan menemui 80 batang gigi.

“Ia merupakan keadaan yang jarang berlaku pada usia berkenaan,’’ kata doktor terbabit.


Julai lalu, doktor di India telah membedah seorang remaja berusia 17 tahun yang mengalami penyakit sama.

Pembedahan selama tujuh jam itu berjaya membuang 232 batang gigi di rahangnya.

Gigi berkenaan terpaksa dibuang kerana ia dikhuatiri boleh menyebabkan kesakitan dan jangkitan.

https://www.youtube.com/watch?v=WV3QuEbfIh8

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori