Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

FIFA Akui Jasa Al-Sultan...

PERSEKUTUAN Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) merakam ucapan terima kasih kepada Yang di-Pertuan Agong,...

Mati Dihempap Papan Iklan...

NEW DELHI - Empat orang maut, manakala lima lagi parah dihempap bingkai papan...

Penyokong PAS Protes Calon...

Segelintir penyokong PAS dipercayai menurunkan sebahagian bendera parti itu sebagai tanda protes terhadap...

Lelaki Seludup Isteri Dalam...

TERESPOL, Poland – Seorang lelaki Perancis cuba menyeludup isterinya yang merupakan warga Rusia...

Abang Polis Bergurau, Remaja 13 Tahun Menangis Takut Digari

Kadang-kadang anggota polis ada juga masa nak bergurau dengan orang ramai. Bukannya apa, antara sebabnya ialah mahu memberikan kesedaran kepada mereka khususnya pesalah lalu lintas.

Dalam kejadian itu, seorang remaja bawah umur ditahan anggota polis kerana menunggang motosikal  dan tidak memakai topi keledar.

Pada permulaan video di laman YouTube Mynewshub Channel selama 51 saat, remaja India itu dilihat menangis ketakutan kerana anggota polis itu mahu menahannya dan menggarinya kerana menunggang motosikal secara salah.

Dia kemudian diminta naik ke atas motosikalnya dan menghidupkan enjin sebelum ditanya beberapa soalan oleh seorang lagi anggota polis.

http://youtu.be/xt_AyZ9YFj8


Remaja itu baru berusia 13 tahun itu menjawab bahawa dia pergi menunggang motosikal ke tempat kerja bapanya yang terletak berhampiran dengan rumahnya.

Takut betul dia apabila dikatakan mahu digari tangannya. Pasti selepas ini, dia trauma nak menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar.

Abang-abang polis pun, bergurau kadang-kadang kasar juga. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IBNU K 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori