Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

BNM Lantik Anggota Majlis...

KUALA LUMPUR - Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini mengumumkan pelantikan ahli Majlis...

Pensyarah Dikecam Suruh Pelajar...

SEORANG pensyarah universiti, Jason Hansen dikecam selepas dikatakan menyuruh seorang pelajar minum air...

Muhyiddin Adakan Pertemuan Tertutup...

KOTA BHARU - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengadakan pertemuan tertutup...

Cacar Monyet Lepasi 50,000...

GENEVA, Switzerland – Lebih 50,000 kes cacar monyet direkodkan di seluruh dunia, demikian...

Ada Isyarat ELT Dikesan Tetapi Lemah – Tentera Indonesia

Pihak berkuasa Indonesia memaklumkan bahawa ada isyarat kecemasan yang dihantar oleh alat Emergency Locator Transmitter (ELT) tetapi isyaratnya lemah.

Hari ini, Tempo memetik sumber dari Angkatan Tentera Indonesia yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang hilang sejak pagi semalam.

Pesawat itu dipercayai berada di antara Pulau Bangka dan Belitung.

MENARIK – ELT Boleh Kesan Lokasi Pesawat QZ8501

“Isyarat kecemasan dikesan, tapi lemah,” katanya.

Fungsi ELT ialah menghantar isyarat lokasi di mana ia berada apabila sesebuah pesawat terhempas atau pun tenggelam di dalam laut.

Ia mampu menghantar isyarat terus-menerus sehingga bateri kuasanya habis iaitu kira-kira 30 hari.

Sementara itu, Pesawat maritim AP-3C Orion milik Tentera Udara Diraja Australia mendakwa mengesan ‘sesuatu’ di perairan Pangkalan Bun, di Kalimantan Tengah, kata Panglima Komando Operasi I Jakarta, Dwi Putranto.


Portal berita Detik.news melaporkan, lokasi itu adalah 100 batu dari Pengkalan Bun arah barat selatan atau 700 batu dari lokasi terakhir pesawat QZ8501 AirAsia Indonesia dilaporkan hilang.

Pencarian QZ8501 Semalam Di Udara Indonesia 

http://youtu.be/CAqT5vqxwTw

“Tadi pesawat Orion mengesan ‘sesuatu’ tapi belum dipastikan sesuatu itu apa, sekarang pesawat kita dari utara sudah bergerak ke lokasi itu,” kata Dwi kepada wartawan di Bandara Halim Perdanakusuma Jakarta.

Ia sekaligus berbeza dengan hasil penemuan tentera Indonesia di antara Pulau Bangka dan Belitung. –MYNEWSHUB.CC

Oleh : IBNU K 

https://www.youtube.com/watch?v=7bOkRoj389w

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori