Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

‘Usik Manja’ Najib Kalau...

TIADA siapa patut menafikan kenyataan bahawa mata wang negara kini sedikit tenat dengan...

Hak Untuk Bercakap Perlu...

PETALING JAYA - Menafikan hak timbalan presiden dan naib presiden untuk berucap di...

Tanah Runtuh: Waris Tuntut...

SUNGAI BULOH – Mayat Huang Shaoqi, kanak-kanak lelaki yang juga mangsa terakhir kejadian...

Mengemis Bawa Beg Kencing

JOHOR BAHRU - Berbeza dengan penampilan biasa kumpulan pengemis di sekitar bandar raya...

Ada Pasukan Guna Keluarga Tekan Pemain – TMJ

KUALA LUMPUR – Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) mendakwa ada pasukan bola sepak di negara ini memeras ugut dan mengancam pemain bagi memberi tekanan kepada mereka berhubung pasukan yang mahu disertai.

Presiden PBNJ, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bertitah, pasukan tersebut memberi tekanan itu dengan menggunakan keluarga dan peminat mereka.

Sehubungan itu, baginda yang juga Penaung Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) meminta persatuan itu mendidik para pemain bola sepak tanah air mengenai hak-hak mereka.

“Mereka perlu dididik tentang perjanjian kontrak kerana kami berasa dukacita apabila ada pasukan yang mengancam dan memeras ugut beberapa pemain dengan menggunakan keluarga mereka, peminat dan juga wang ringgit.


“Pemain perlu tahu bahawa mereka bebas bermain di mana sahaja mereka mahu kerana ianya terkandung dalam hak-hak mereka dengan syarat mereka mematuhi profesionalisme dan menghormati kontrak mereka,” titah baginda dalam satu kenyataan hari ini.

Tunku Ismail bertitah, era baru profesionalisme perlu bermula dari kedua-dua pihak iaitu persatuan dan pemain bola sepak dan ia perlu bermula sekarang supaya kita tidak perlu melalui masalah seperti pada masa depan.

“Saya juga menggesa Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk melihat perkara ini dengan lebih serius,” titah baginda.

  • Lagi berita berkaitan:
  • TMJ

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori