Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Mahkamah Benar Pelepasan Sementara...

SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi di sini membenarkan permohonan Datuk Seri Dr Ahmad...

Petugas HSA Dibantu Tentera...

JOHOR BAHRU - Petugas dan kakitangan Hospital Sultanah Aminah (HSA) pagi ini sibuk...

#KelantanKamiDatang – Bantuan &...

Dilancarkan hanya di laman sosial, kempen #KelantanKamiDatang di Twitter merupakan misi membawa seberapa banyak bantuan yang...

PH Gesa RUU Anti...

SHAH ALAM - Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) menggesa agar Rang Undang-Undang (RUU)...

Ada Penuntut UM Berkhemah Dalam Kampus Bantah Hukuman

ATAS alasan memberi sokongan kepada tujuh penuntut Universiti Malaya (UM) yang dihukum kerana menganjurkan perhimpunan haram Oktober lepas, beberapa buah khemah dilihat dipasang di kampus itu tanda bantahan sejak petang semalam.

Ia merupakan tindakan ‘occupy’ yang dibuat oleh segelintir mahasiswa UM dengan berkhemah di dalam kampus.

MENARIK – Digantung 2 Sem : Fahmi Zainol Tuduh UM Tak Ada Belas Kasihan

Antara penuntut yang diumumkan UM menerima hukuman ialah Presiden Persatuan Mahasiswa UM (PMUM) Fahmi Zainol yang digantung dua semester pengajian dan didenda RM600 bagi empat pertuduhan.

Seorang lagi pelajar, Safwan Shamsudin turut digantung pengajian tetapi hanya untuk satu semester berkuatkuasa serta-merta, didenda dan diberi amaran.

Empat lagi pelajar diberi amaran dan didenda RM150 setiap seorang, manakala seorang pelajar dilepaskan dengan amaran.

“Kawan-kawan Universiti Malaya sedang ” occupy” kawasan hadapan UM, menuntut supaya hukuman kepada mahasiswa digugurkan. Semua masyarakat turut dijemput memenuhi kawasan hadapan UM,” Fahmi menulis di laman Facebooknya.

Di sebuah khemah yang dipasang, kelihatan beberapa poster diperbuat daripada kadbod tertulis slogan-slogan membantah keputusan yang diambil pihak UM.


Terdapat juga slogan yang menuduh bahagian Hal Ehwal Pelajar UM sebagai boneka kerana didakwa menerima arahan daripada pihak luar berkenaan hukuman itu.

UM mendapati tujuh daripada lapan pelajarnya yang terlibat dalam penganjuran pidato “40 Tahun: Dari UM ke Penjara” Oktober lalu bersalah, lalu menjatuhi hukuman berupa  amaran keras, penggantungan pengajian dan denda terhadap mereka.

Selain Fahmi penuntut yang digantung pengajian selama dua semester ialah Presiden Pro-Mahasiswa UM, Safwan Shamsuddin yang turut dikenakan denda RM300 bagi dua pertuduhan.

Menerusi satu kenyataan rasmi, UM menyatakan keputusan dibuat selepas pertuduhan dikenakan mengikut undang-undang Kaedah-kaedah Universiti Malaya (Tatatertib Pelajar-pelajar) 1999. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IBNU K 

Video Fahmi Zainol Ketika Berkempen Pada Pemilihan UM

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori