Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Kumpulan Pertama 407 Jemaah...

SEPANG - Kumpulan pertama 407 jemaah haji Malaysia selamat tiba di Lapangan Terbang...

Pengarah Didakwa Kemuka Tuntutan...

KUALA LUMPUR - Seorang pengarah urusan di sebuah syarikat pengendali program latihan hari...

Disebabkan Banyak Penghantaran, McD...

DISEBABKAN mendapat banyak pesanan penghantaran sempena bulan Ramadan ini, rangkaian jenama makanan segera...

Orang Tengah Punca Harga...

BAGAN DATUK — Kenaikan harga barang bukan berpunca daripada Cukai...

Affendi Cemerlang Di Indonesia, Raih 2 Podium YAC

MOHD Affendi Rosli terus mempamerkan aksi cemerlang dengan meraih dua kedudukan podium pada perlumbaan akhir Kategori ST Yamaha Asean Cup (YAC) yang berakhir di Litar Antarabangsa Sentul, Indonesia, hari ini.

Bermula dari petak pertama, Affendi muncul juara  setelah menamatkan Perlumbaan 1 dengan masa keseluruhan 18:23.452s menewaskan Peerapong Luiboonpeng dari Thailand yang berada di  kedudukan kedua dengan masa 18:23.537s. Pelumba tuan rumah,  Yoga Adi ketiga dengan masa 18:24.242s.

Pada Perlumbaan 2, Affendi hampir mengulangi kejayaan sebelum dipintas pada saat akhir sekaligus meletakkannya di kedudukan ketiga dengan masa 17:57.228s.

Juara menjadi milik pelumba Thailand, Peerapong Luiboonpeng dengan masa 17:57.156s dan Anggi Setiawan dari Indonesia kedua, 17:57.175s.

“Saya sangat gembira dengan kemenangan ini dan berterima kasih kepada Hong Leong Yamaha Malaysia kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk menggalas tanggungjawab pada tahun ini,” jelas Affendi.

Tambah Affendi, “Cuma saya sedikit kecewa kerana gagal meraih kemenangan berganda untuk mengumpul mata berharga setelah dipintas pada saat akhir dalam Perlumbaan 2. Secara keseluruhan, perlumbaan minggu ini juga dapat dijadikan sebagai latihan dan persiapan untuk saya menghadapi pusingan akhir Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS (ARRC) di Qatar pada minggu depan.”

Dalam saingan kelas ST150, kekurangan pengalaman membataskan hasrat Ahmad Syukran Aizat untuk menaiki podium apabila sekadar menamatkan saingan di tempat keempat selepas bersaing sengit bersama tiga pelumba  Indonesia yang mendominasi pentas podium Perlumbaan 1.

Ahmad Syukran menamatkan 12 pusingan perlumbaan dengan masa 22:49.815s.

Rheza Danica muncul juara dengan masa 22:49.690s diikuti Handy Tuahatu dengan masa 22:49.772s. Fitrianshah Kete ketiga, 22:49.772s

Pelumba Malaysia terus kempunan menaiki podium pada Perlumbaan 2 di mana Mohd Adib Rosley menamatkan perlumbaan di tempat keenam dengan masa 22:49.094s, Tengku Amirul Haffirudin ketujuh, 22:49.532s, dan Ahmad Syukran kelapan, 22:49.608s


Juara milik pelumba Thailand, Paitoon Nakthong dengan masa 22:48.853s,
Fitrianshah kedua, 22:48.866s dan Rathapong Boonlert ketiga, 22:48.959s

Sementara itu, dalam saingan ST250 yang tidak memberikan sebarang mata dalam perebutan gelaran juara keseluruhan YAC, masalah jentera menyaksikan pelumba harapan Malaysia, Mohd Emir Firdaus Hasan terpaksa masuk ke padok pasukan seawal pusingan pertama manakala Ahmad Afif Amran terlibat dalam kemalangan setelah gagal mengelak pelumba yang terjatuh di hadapannya.

Dua lagi pelumba, Mohd Taufiq Roslan di tempat keenam dengan masa 21:34.131s dan Mohd Haiekal Akmal Zakaria kelapan, 21:36.158s.

Tiga pelumba Indonesia menguasai pentas podium dengan juara menjadi milik Sudarmono, 21:16.820s, Sigit Purnomo kedua, 21:17.757s dan Rey Ratukore ketiga, 21:18.385s.

Keputusan Perlumbaan 1
MT
1. Mohd Affendi Rosli (MAS) 18:23.452s
2. Peerapong Luiboonpeng (THA) 18:23.537s
3. Yoga Adi (INA) 18:24.242s
6. Mohd Izzat Zaidi Salehan(MAS) 18:25.494s
10. Kasma Daniel Kasmayudin (MAS) 18:25.816s
11. Mohd Azam Omar (MAS) 18:26.372s

ST150
1. Rheza Danica (INA) 22:49.690s
2. Handy Tuahatu (INA) 22:49.772s
3. Fitrianshah Kete (INA) 22:49.772s
4. Ahmad Syukran Aizat (MAS) 22:49.815s
5. Tengku Amirul Haffirudin (MAS) 22:54.273s
6. Mohd Adib Rosley (MAS) 22:54.284s

ST250
1. Sudarmono (INA) 21:16.820s
2. Sigit Purnomo (INA) 21:17.757s
3. Rey Ratukore ((INA) 21:18.385s
6. Mohd Taufiq Roslan (MAS) 21:34.131s
8. Mohd Haiekal Akmal Zakaria (MAS) 21:36.158s
DNF:
Ahmad Afif Amran
Mohd Emir Firdaus Hasan

Perlumbaan 2
MT
1. Peerapong Luiboonpeng (THA) 17:57.156s
2. Anggi Setiawan (INA) 17:57.175s
3. Mohd Affendi Rosli (MAS) 17:57.228s
9. Kasma Daniel Kasmayudin (MAS) 17:58.723s
12. Mohd Azam Omar (MAS) 17:59.711s
19. Mohd Izzat Zaidi Salehan (MAS) 19:40.133s

ST150
1. Paitoon Nakthong (THA) 22:48.853s
2. Fitrianshah Kete (INA) 22:48.866s
3. Rathapong Boonlert (THA) 22:48.959
6. Mohd Adib Rosley (MAS) 22:49.094s
7. Tengku Amirul Haffirudin (MAS) 22:49.532s
8. Ahmad Syukran (MAS) 22:49.608s

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori