Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Linkin Park Rancang Majlis...

SEBULAN selepas vokalis kumpulan nu-metal Linkin Park (LP) iaitu Chester Bennington bunuh diri,...

Penggodam Tajaan Russia Didakwa...

WASHINGTON: Microsoft mendakwa kumpulan penggodam tajaan Russia bernama Midnight Blizzard cuba menceroboh sistemnya...

Lembaga Keselamatan Pengangkutan Negara...

BENTONG - Kementerian Pengangkutan akan menubuhkan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Negara bagi memantau semua...

Tentera Pantau Negeri Pantai...

KOTA BHARU - Briged Kelapan Infantri sedang memberi tumpuan kepada perkembangan semasa keadaan...

Agrobank Buka Cawangan Ke-18 Di Kudat, Sabah

KUDAT, Sabah, 13 Dis (Bernama) — Agrobank telah meluaskan rangkaian cawangannya di Sabah dengan pembukaan cawangan ke-18 di Kudat, Sabah. Dengan pembukaan cawangan Kudat, Agrobank melebarkan perkhidmatannya ke daerah yang terkenal dengan aktiviti perikanan, tanaman dan pertanian yang lain.

Cawangan baharu ini telah dirasmikan oleh Y.B. Datuk Seri Panglima Hj. Yahya Hussin, Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri Pertanian dan Industri Makanan diwakili oleh Y.B. Datuk Haji Musbah Haji Jamli, Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Y.Bhg. Tan Sri Faizah Mohd Tahir, Pengerusi Agrobank, Y.H Dato’ Wan Mohd Fadzmi Wan Othman, Presiden / Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Menurut Y.Bhg. Tan Sri Faizah Mohd Tahir, pembukaan cawangan Kudat mengesahkan komitmen Agrobank dalam mendekati masyarakat pertanian dan pelanggan di kawasan luar bandar dengan menyediakan pelbagai kemudahan perbankan.

“Kami memilih pendekatan yang berbeza (unik) daripada institusi kewangan lain dengan memberi tumpuan kepada kawasan-kawasan di luar bandar. Pendekatan ini adalah selaras dengan peranan kami untuk berkhidmat kepada masyarakat yang tidak mendapat perkhidmatan perbankan terutamanya dalam industri pertanian,” katanya.

Pada akhir Disember 2013, Agrobank mengeluarkan pembiayaan pertanian sebanyak 10.2% di Malaysia, yang berjumlah RM3.66 bilion.

Minggu lalu, Agrobank telah melancarkan perkhidmatan baharu iaitu AGROAgent yang membenarkan pelantikan ejen berdaftar untuk melaksanakan perkhidmatan perbankan asas terutamanya di kawasan luar bandar yang tidak mempunyai kemudahan bank.

“Agrobank komited untuk menyediakan pembiayaan kewangan ke arah pembangunan pertanian di negara ini. Pelancaran AGROAgent pada minggu lepas bertujuan untuk menyediakan perkhidmatan ejen perbankan kepada masyarakat terutamanya di kawasan pedalaman dengan cara yang lebih berkesan melalui penggunaan saluran runcit bukan bank,” tambah beliau .

Dengan adanya AGROAgent, akan memudahkan urusan perbankan asas seperti menerima deposit, memudahkan pengeluaran tunai, pemindahan wang, pembayaran bil dan tambah nilai pra bayar.

Dalam ucapannya, Datuk Seri Panglima Haji Yahaya Hussin menyatakan bahawa dengan penubuhan Agrobank di Kudat, masyarakat di sini akan mendapat manfaat daripada kemudahan yang disediakan oleh Agrobank seperti mendapatkan modal kerja untuk perniagaan mereka dan nasihat kewangan yang berkaitan daripada Agrobank untuk mengembangkan perniagaan mereka.

Beliau menegaskan pentingnya kecekapan dan kualiti sektor perkhidmatan kewangan untuk membantu kerajaan untuk melaksana dan
menjayakan agenda pembangunan negara sebagaimana yang dijalankan oleh Agrobank.


Dengan pembukaan cawangan baharu ini, cawangan Kudat akan menjadi cawangan ke -189 daripada kesemua 190 cawangan seluruh negara.

Cawangan baharu ini akan menyediakan perkhidmatan perbankan penuh termasuk deposit, pembiayaan, kiriman wang dan mesin ATM yang dapat memenuhi keperluan kewangan dan perbankan pelanggan.

Dengan pembukaan cawangan tambahan di Sabah, Agrobank optimistik ia akan membantu pertumbuhan ekonomi di daerah tersebut kerana terdapat peningkatan aktiviti komersil dan pengguna terutamanya dalam sektor pertanian.

Cawangan di Kudat akan memanfaatkan potensi pertumbuhan ekonomi tempatan untuk meningkatkan deposit sasarannya sebanyak RM5 juta dan pinjaman sebanyak RM4 juta dalam tahun pertama operasinya.

Tentang Agrobank
Agrobank adalah salah satu daripada bank terkemuka di Malaysia yang menyediakan pelbagai perkhidmatan kewangan dan kemudahan perbankan yang menyeluruh, dengan memberi tumpuan kepada sektor pertanian. Ia adalah perbadanan milik Kerajaan (GOC) di bawah bidang kuasa Perbadanan Menteri Kewangan.

Antara produk dan perkhidmatan yang ditawarkan ialah dalam bidang perbankan pelanggan, komersial dan mikro serta pembiayaan perdagangan, pembiayaan peribadi, perbankan elektronik dan perkhidmatan deposit termasuklah Hartani-i, AgroCash-i, MAEF-i dan ArRahnu. Agrobank beroperasi di 9 buah wilayah dengan 190 cawangan.

SUMBER: Agrobank

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama : Nor Faeza Sabari
Ketua Bahagian, Perhubungan Awam
Jabatan Komunikasi Korporat
Tel : 03-2731 1600 ext. 1672
Fax : 03-2691 7790
Mobile: 019-352 20158
Emel : [email protected]

Nama : Ainul Rofidza Ibrahim
Ketua
Jabatan Komunikasi Korporat
Tel : 03- 2731 1600 ext. 2624
Faks : 03- 2691 7790
Mobile: 019- 225 8210
Emel : [email protected]

–BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori