AHLI parlimen Britain, Nigel Mills mengaku bermain permainan popular Candy Crush dalam iPad miliknya ketika sesi mesyuarat sedang berlangsung, baru-baru ini.
Perbuatannya itu berjaya dirakam jurugambar The Sun yang kemudiannya memaparkan foto tersebut dalam surat khabar mereka.
“Itu merupakan satu mesyuarat yang panjang mengenai penambaikan pencen, yang mana merupakan satu isu penting yang amat saya titik beratkan.
“Ada ketikanya dalam mesyuarat saya tak berapa fokus dan pada masa itu saya mungkin ada bermain permainan tersebut.
“Saya tahu sepatutnya saya tidak boleh berbuat demikian dan berjanji tidak akan mengulangi lagi perbuatan tersebut,” katanya.
Candy Crush Saga merupakan permainan online yang boleh dimuat naik menerusi telefon pintar dan pernah mencipta fenomena tersendiri pada 2012.
Kebiasaannya pengguna telefon pintar akan ketagih dengan game berwarna-warni ini sebaik sahaja mereka mula bermain dengannya. – MYNEWSHUB.CC